Oleh pada 06 Mar 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Ahya Rosli

"Saya tidak ada apa-apa hubungan dengan dia."

Begitulah kata penerbit ternama, Datuk A. Aida, 47, mengulas status sebenar hubungannya dengan aktor Ahya Rosli, 30.

Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang menganggap kenyataannya sebelum ini telah disalahertikan hingga sesetengah pihak mula melabelkan kononnya mereka berpasangan sebagai kekasih, walhal anak aktres veteran, Normah Damanhuri itu tak ubah dianggapnya umpama adik sendiri.

"Ramai yang salah interpretasi cerita yang dilaporkan sebelum ini. Apabila saya cakap tidak menolak andai jodoh, itu tidak bermakna saya ada hubungan istimewa dengannya," katanya memetik laporan portal Harian Metro.

Apatah lagi mengenangkan jarak usia yang pastinya tidak memungkinkan hubungan itu berhasil.

"Beza kami 17 tahun. Anak saya pun ada yang sebaya dengan dia. Saya lebih selesa mencari pasangan yang lebih tua," tegasnya.

Sementara itu, Aida akui terkesan kerana gosip berkenaan telah mencalarkan nama serta reputasinya.

Di kesempatan sama, Aida mendedahkan dia kini sedang mengenali hati budi seorang lelaki yang lebih berusia.

Sehubungan dengan itu, wanita ini berharap ia akan menamatkan serta-merta spekulasi hubungannya dengan Ahya demi menjaga hati pihak tertentu.

"Saya sedang mengenali seorang VVIP yang lebih berusia dari saya. Saya harap isu ini tidak lagi dipanjangkan kerana banyak hati yang perlu saya jaga," katanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)