Kredit foto: Facebook Adamdidam

Biodata

1. Nama penuhnya, Muhammad Adam Mahamed Ismail.

2. Dikenali sebagai Adamdidam.

3. Berusia 29 tahun (2019).

4. Kelahiran Kelantan.

5. Bapa saudara kepada trio yang pernah menjadi tular gara-gara bercakap dalam dialek Kelantan meskipun tinggal di Birmingham, UK.

6. Sepupu kepada pelakon dan pengacara, Neelofa.

7. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kelantan.

8. Demi mendalami bidang masakan, beliau turut mengikuti kursus intensif pendek yang berlangsung selama enam bulan di institusi pendidikan hospitaliti terbesar di dunia, Le Cordon Bleu di London, UK.

9. Pernah bergelar Perancang Strategik di syarikat cari gali gergasi Malaysia, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) selama lima tahun, sebelum beralih ke bidang masakan.

10. Dilantik menjadi duta media sosial untuk sebuah syarikat elektronik ternama.

11. Selain tukang masak, beliau juga dikenali sebagai selebriti media sosial.

12. Bakatnya sebagai chef selebriti dicungkil daripada rancangan pertandingan masakan, Hero Oven musim kedua siaran TV3 pada tahun 2018. Beliau diangkat sebagai pemenang tempat ketiga pada pusingan akhir program realiti itu yang antara lain turut disertai Muhammad Ikhwan Mustafar, Chai Chee Hung (Alex) dan Amir Hamzah, melalui tiga cabaran iaitu kek dua tingkat, menara macaron dan tiga jenis 'petit fours' sebagai jamuan minum petang berkonsepkan 'fun and easy'.

13. Kini mengumpul 376,000 pengikut di Instagram.

14. Terkini iaitu pada kira-kira pukul 5 pagi tadi, beliau dilaporkan telah meninggal dunia kerana mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Foto

biodata chef selebriti adamdidam sepupu neelofa 2

biodata chef selebriti adamdidam sepupu neelofa 3

biodata chef selebriti adamdidam sepupu neelofa 4

biodata chef selebriti adamdidam sepupu neelofa 5

biodata chef selebriti adamdidam sepupu neelofa 6

Kredit foto: Facebook Adamdidam

Video

Kredit video: Youtube Astro Awani

Sumber:

1. Mstar

2. Harian Metro

3. Kosmo

4. BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)