Kredit foto: Instagram @ariffaziz7

      

Biodata

1. Nama sebenarnya, Wan Izma Ariff bin Abd Aziz. Dikenali sebagai Ariff Aziz.

2. Kelahiran Kuala Lumpur pada 12 April 1989.

3. Kini berusia 30 tahun.

4. Berketinggian 184 sentimeter.

5. Berdarah campuran Melayu dan Parsi.

6. Berkelulusan Sarjana Muda IT dan Multimedia daripada Open Universiti Malaysia.

7. Merupakan pelakon, penyanyi dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2015.

8. Bakatnya dicungkil daripada Pencarian Lelaki Maskulin 2013/2014 yang mengangkatnya sebagai salah seorang finalis.

9. Sutradara Osman Ali merupakan individu yang bertanggungjawab menggilap bakatnya sebagai pelakon menerusi drama Alien Planet Cinta.

10. Namanya melonjak naik selepas membintangi siri televisyen TV3 terbitan JS Pictures berjudul Misteri Wan Peah, membawa peranan sebagai Cikgu Farhan.

11. Lain-lain drama lakonannya seperti Kerambit, Cucu Tauke Beras, Din Sardin The Series dan Raisha.

12. Termasuk telefilem Alien Planet Cinta, Penyamun Kota dan Terhentinya Doa.

13. Mendirikan rumah tangga dengan penerbit, Datuk A. Aida pada 21 Julai 2018 sebelum bercerai sembilan bulan kemudiannya pada 25 April 2019.

     

Fakta Menarik

  • Seawal kemunculan sebagai selebriti, wajah dan fizikalnya disamakan dengan pelakon Idris Khan.
  • Pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Sasqia Dahuri, namun beliau menafikannya.
  • Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang nyanyian.
  • Pernah menganggotai kumpulan vokal, Carla Band bersama pelakon Harris Baba yang memperjuangkan genre muzik pop dan R&B.

       

Foto

biodata dan latar belakang pelakon ariff aziz 2

biodata dan latar belakang pelakon ariff aziz 3

biodata dan latar belakang pelakon ariff aziz 4

biodata dan latar belakang pelakon ariff aziz 5

biodata dan latar belakang pelakon ariff aziz 6

Kredit foto: Instagram @ariffaziz7

     

Video

Kredit video: Youtube Ariff Aziz

     

Sumber:

1. Wikipedia

2. Harian Metro [1, 2]

3. Utusan




Hakcipta iluminasi.com (2017)