Oleh pada 20 Jun 2019 kategori

rujuk ariff aziz rasa nak muntah 1

Kredit foto: Instagram @ariffaziz7 & Instagram @a_aidaproduction

      

Pelakon Ariff Aziz, 30, seakan membayangkan keengganannya untuk kembali semula ke pangkuan bekas isteri, Zaidah Awang atau lebih dikenali sebagai Datuk A. Aida, 49.

Berkongsi rakaman video dan teks menerusi Instagram Story di laman sosialnya hari ini, Ariff seperti menidakkan untuk bersama kembali dengan produser jutawan itu.

     

rujuk ariff aziz rasa nak muntah 2

Kredit foto: Instagram @ariffaziz7

      

"Jap! Peluang kedua?? Kenapa aku rasa nak muntah ni?

"Rujuk? Aku nak muntahnya," tulisnya.

Menurut beliau dalam satu lagi hantaran Instagram, berdiam adalah lebih baik daripada bercakap tentang sesuatu yang membabitkan keburukan orang lain.

      

rujuk ariff aziz rasa nak muntah 3

Kredit foto: Instagram @ariffaziz7

       

"Bercakap benar dan tak cakap buruk tentang orang adalah asas dalam kehidupan... bercakap satu benda buruk tentang orang akan menunjukkan berjuta kali keburukan kita, ingat tu adik-adik!

"Kita mesti hidup dengan asas hidup yang baik... just my 2 cents. Pepatah melayu mengatakan berdiam lebih baik daripada bercakap yang bukan-bukan," tulisnya di kapsyen.

Terdahulu, pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz pada 21 Julai 2018 sebelum ikatan itu terlerai pada 25 April lalu.

A. Aida kemudiannya mengeluarkan kenyataan tentang keengganannya memberi peluang kedua kepada Ariff sekiranya pelakon muda itu mempunyai niat untuk merujuk semula.

Sehingga kini mereka masih mengunci rapat mulut daripada mendedahkan punca sebenar perceraian.

Difahamkan, pasangan itu tidak lagi tinggal sebumbung sejak A. Aida keluar bercuti ke Mesir pada Mac lalu.

     

Sumber berita: Mstar



Hakcipta iluminasi.com (2017)