Oleh pada 19 Jun 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @ariffaziz7 & Instagram @a_aidaproduction

       

Sudah tiada jodoh, ikatan perkahwinan pelakon Ariff Aziz dan penerbit, Datuk A Aida terlerai selepas sembilan bulan disatukan.

Melalui penjelasan dibuat kepada portal BH Online, Ariff menganggap perceraian itu sebagai takdir yang mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

"Saya anggap tiada jodoh antara kami. Ada hikmah atas perpisahan ini. Allah saja yang tahu... Tak perlu gaduh-gaduh.

“Alhamdulillah untuk dia, saya doakan yang baik-baik sahaja. Alhamdulillah, daripada tidak memakai tudung sebelum berkahwin, dia memilih untuk menutup aurat.

“Sekarang, dia masih dengan imej sama. Saya harap dirinya terus istiqomah," katanya.

Dalam pada itu, pelakon Cucu Tauke Beras itu membayangkan keseronokannya menjalani rutin kehidupan sebagai seorang duda.

       

selepas a aida dedah bercerai ariff aziz pula tampil buka mulut 2

Kredit foto: Instagram @ariffaziz7

      

“Saya gembira dengan kehidupan sekarang. Saya boleh buat banyak benda yang diminati sejak belajar di universiti dahulu.

“Saya boleh buat aktiviti sukan termasuk bermain bola keranjang bersama teman-teman. Sejak usia 13 tahun saya meminati sukan ini dan mewakili negeri Kedah.

“Paling utama saya mahu fokus menjaga mama yang tak berapa sihat. Doakan kesihatan Mama saya kembali okay. Doakan saya berjaya di dunia dan akhirat,” katanya yang kembali bekerja sebagai pakar web.

Kepada anak tirinya terutama Muhammad Rahul, pelakon berusia 30 tahun itu berpesan supaya menjaga diri sebaiknya, selain menzahirkan ucapan penghargaan atas kasih sayang dikongsi.

“Untuk Rahul, daddy selalu sayangkan kamu... Jaga diri. Terima kasih untuk kasih sayang yang kamu zahirkan untuk daddy,” katanya.

Terdahulu, ketika pengumuman dibuat A. Aida melalui sidang media tergempar semalam, produser jutawan itu mengunci rapat mulut daripada berkongsi punca sebenar keruntuhan rumah tangga yang dibina sejak 21 Julai tahun lalu.

     

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)