Oleh pada 21 Jun 2019 kategori

isu ariff aziz nak muntah sebab rujuk ini respon a aida 1

Kredit foto: Instagram @a_aidaproduction & Instagram @ariffaziz7

      

Meskipun ada yang mendakwa, teks dan video Ariff Aziz di Instagram Story seolah membayangkan keengganannya untuk bersama kembali Datuk A Aida, penerbit sensasi itu memilih untuk enggan mengulas.

A. Aida mengakui dijolok pertanyaan banyak pihak, namun lebih selesa mendiamkan diri.

“Saya tidak mahu ulas apa-apa lagi. Ramai yang bertanya, saya tiada komen,” responnya kepada portal Harian Metro.

Terdahulu, Ariff memuat naik rakaman video dan teks di laman sosial, seperti menidakkan untuk merujuk semula dengan produser jutawan itu.

"Jap! Peluang kedua?? Kenapa aku rasa nak muntah ni?

"Rujuk? Aku nak muntahnya," tulis Ariff.

      

isu ariff aziz nak muntah sebab rujuk ini respon a aida 2

Kredit foto: Instagram @ariffaziz7

    

Namun, semakan mendapati teks dan video berkenaan tiada lagi dalam paparan selepas dipercayai dipadam.

Ariff turut menegaskan bahawa berdiam diri lebih baik daripada bercerita sesuatu yang membabitkan keburukan orang lain.

“Bercakap benar dan tak cakap buruk mengenai orang adalah asas dalam kehidupan. Bercakap satu benda buruk mengenai orang akan menunjukkan berjuta kali keburukan kita.

“Kita mesti hidup dengan asas hidup yang baik. Pepatah Melayu ada menyebut berdiam lebih baik daripada bercakap yang bukan-bukan,” tulisnya dalam ruangan kapsyen entri Instagram.

Terdahulu, pasangan itu mendirikan rumah tangga dengan dua kali lafaz pada 21 Julai 2018 sebelum ikatan terlerai pada 25 April lalu.

Sehingga kini kedua-duanya masih mengunci rapat mulut daripada mendedahkan punca sebenar perceraian.

    

Sumber berita: Harian Metro



Hakcipta iluminasi.com (2017)