Kredit foto: Instagram @shivashobitha
Aktres tempatan kelahiran Kuala Lumpur, Shiva Kalaiselvan diberi kepercayaan menjadi tunjang siri televisyen popular Amerika Syarikat, Gotham.
Menurut laporan The Star Online, Shiva, 34, yang kini menetap di New York memegang watak tetap sebagai Lelia.
Beliau membuat penampilan sulung dalam drama itu pada 29 Mac lalu melalui episod 'A Dark Knight: One of My Three Soups'.
Gotham mengisahkan tentang beberapa karakter dari siri komik Batman. Lelia merupakan seorang ketua kontinjen wanita bagi sekumpulan pembunuh, League of Shadows.
Shiva pernah muncul di beberapa persembahan teater tempatan seperti After Juliet, Indicinelive IV dan Malaysian Girls.
Sumber berita: The Star Online