Anda di sini kerana anda peminat tegar Friends seperti penulis. Bagi penulis, sitcom adalah rancangan TV paling kelakar dan menarik berbanding rancangan komedi bersiri yang ada pada hari ini. Bagi anda semua, teruskan membaca untuk mengetahui 10 perkara tentang sitcom Friends yang mungkin anda terlepas pandang. 

1. Sitcom Ini Asalnya Diberi Nama Insomnia Cafe & Lain-lain

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada awal tahun 1990an, pencipta sitcom Friends iaitu David Crane dan Marta Kauffman, menulis sebuah kisah (idea) bagi Insomnia Cafe. Bukan sahaja tajuknya berbeza, malah jalan cerita juga agak berbeza berbanding Friends yang kita kenali hari ini.

Contohnya, Ross dan Rachel bukanlah pasangan cinta yang menjadi fokus sitcom ini. Sebaliknya, Joey dan Monica yang sepatutnya dilamun cinta. Bayangkan jalan cerita Friends sekiranya hal ini yang berlaku?

Selepas NBC membeli pilot rancangan ini, tajuknya diubah menjadi Friends Like Us. Presiden NBC iaitu Warren Littlefield turut mencadangkan sebuah tajuk lain iaitu Across the Hall. Ketika mula pergambaran, tajuknya diubah lagi kepada Six of One. Apabila sitcom ini pertama kali ditayangkan pada 22 September 1994, persetujuan berjaya dicapai untuk menamakannya Friends

2. Watak-Watak Dalam Friends Mungkin Mempunyai Pelakon Yang Berbeza 

ross rachel monica chandler phoebe dan joey dalam friends

pelakon sitcom friends

Memandangkan terdapat 6 watak, tidaklah mengejutkan sekiranya ramai pelakon dipanggil untuk menghadiri uji bakat bagi setiap watak. Selain Matthew Perry, 2 orang pelakon lain iaitu Jon Favreau dan Jon Cryer turut dipertimbangkan untuk watak Chandler. 

Ketika pada awal pergambaran pilot untuk Friends pada tahun 1994, Matthew dalam masa yang sama turut terlibat dengan pergambaran sebuah rancangan lain iaitu LAX2194. Walaubagaimanapun, Matthew akhirnya memilih untuk meneruskan sitcom bersama Friends berbanding LAX2194. 

Berbanding pelakon-pelakon lain dalam Friends, Courteney Cox adalah yang paling terkenal dan berjaya antara kesemuanya. Beliau dikenali kerana terlibat dalam banyak rancangan komersial lain. Produser Friends pada awalnya meminta agar beliau melakonkan watak Rachel, namun beliau ingin mencuba watak Monica kerana beliau suka perwatakan karakter itu yang dilihat lebih menonjol. Akhirnya, watak Monica dilakonkan oleh Courteney Cox. 

3. Pelakon-Pelakon Sitcom Ini Melakukan Trip Ke Vegas Sebelum Tayangan Premier di TV

Pengarah Friends James Burrows untuk beberapa episod rancangan TV itu antara tahun 1995 hingga 1997 pernah membawa 6 pelakon utama Friends ke Las Vegas kerana beliau merasakan sesuatu yang istimewa tentang sitcom berkenaan.  

Ketika berada di Caesar's Palace, beliau menggalakkan kesemua mereka untuk bergembira sesama mereka. Kata beliau, "Ini adalah peluang terakhir anda semua menikmati menjadi orang yang tidak dikenali. Apabila rancangan ini ditayangkan kelak, anda semua pasti tidak dapat ke mana-mana tanpa dikerumuni,". 

Peminat Friends mungkin ingat Caesar's Palace sebagai tempat Ross dan Rachel berkahwin ketika mabuk dalam episod akhir season ke-5. 

4. Lisa Kudrow Benci Main Gitar Ketika Kali Pertama

Menurut Lisa, beliau tidak suka bermain gitar, dan tidak memahaminya. Jadi beliau sebaliknya meminta untuk bermain bongo. Akhirnya, mereka membawa guru musik untuk mengajar beliau, namun ia sekadar sementara. Lisa belajar beberapa kod gitar, kemudiannya tidak lagi mahu belajar bermain alat musik itu. Dalam Friends, Phoebe hanya tahu bermain beberapa kod gitar dan selalu menyanyi yang di luar tune namun menghiburkan. Contohnya seperti lagu 'Smelly Cat'.

5. Friends Dirakamkan Di Hadapan Penonton Secara Live - Kecuali 1 Episod

Pergambaran untuk satu episod Friends adalah suatu proses yang panjang, mengambil masa sekitar 5 jam, dengan beberapa take untuk setiap scene, serta memerlukan 20 minit antara scene untuk mengubah set pergambaran. 

Rancangan ini melibatkan penonton live yang terdiri daripada 300 orang peminat. Bagi pelakon-pelakon Friends, mereka lebih suka akan kehadiran penonton di studio kerana ianya cara paling mudah dan cepat untuk mengetahui sekiranya bahan cerita yang dipersembahkan itu berkesan. Selain itu, kehadiran mereka turut memberi semangat kepada para pelakon untuk melakukan yang terbaik. 

Namun, terdapat beberapa episod yang dilakonkan tanpa kehadiran penonton di studio. Contohnya dalam season 4 episod 'The One With Ross's Wedding".  

6. Pelakon-Pelakon Friends Adalah Yang Pertama Yang Berunding Gaji Secara Berkumpulan

pelakon friends berunding gaji secara berkumpulan

Pada season pertama Friends ditayangkan, setiap daripada mereka menerima gaji sekitar $USD22,000 untuk setiap episod. Namun pada season 2, terdapat tuduhan bahawa ada di antara mereka yang menerima gaji yang lebih tinggi berbanding yang lain. Pada tahun 1997, kesemua pelakon Friends enggan bekerja kecuali gaji mereka disamaratakan pada $USD100,000 untuk setiap episod. 

Perundingan berkenaan gaji berjalan lancar dan pergambaran diteruskan seperti biasa. Sehingga season terakhir Friends, setiap daripada mereka menerima $USD1 juta untuk setiap episod. 

7. Nombor Apartment Berubah-Berubah

nombor apartment friends monica yang berubah

Bagi peminat tegar Friends, pasti ramai sedar akan perubahan ini. Pada awal siri ini, pintu rumah Monica adalah bernombor 5. Kemudiannya produser menyedari bahawa ianya tidak masuk akal kerana Monica tinggal di tingkat atas. Jadi, mereka menukarkan nombor apartment daripada 5 kepada 20. Nombor pada pintu apartment Chandler juga berubah daripada 4 kepada 19. 

8. Kehamilan Lisa Kudrow Dijadikan Sebahagian Daripada Jalan Cerita, Berbanding Ketika Kehamilan Courteney Cox

phoebe buffay lisa kudrow mengandung dalam sitcom friends

Pada tahun 1997, Lisa Kudrow hamil seorang anak lelaki (Julian Murray). Lisa pada awalnya berasa ragu-ragu tentang watak Phoebe untuk hamil juga, namun penulis skrip membuat keputusan untuk menjadikan watak Phoebe sebagai ibu tumpangan kepada adik lelakinya. 

Pada season terakhir sitcom ini, Courteney hamil seorang anak perempuan (Coco Arquette). Kehamilan beliau tidak mengubah jalan cerita seperti kehamilan Lisa. Sebab utamanya adalah kerana siri ini telah mengetengahkan idea bahawa Chandler dan Monica tidak boleh memiliki anak. Jadi, mereka terpaksa menyembunyikan perut Courteney sebaik mungkin menggunakan kostum dan props. 

9. Matthew Perry Bergelut Dengan Ketagihan Dadah Ketika Pergambaran

Ketika di awal siri Friends, watak Chandler dilihat memiliki tubuh badan yang sihat. Namun, selepas beberapa season, watak ini dilihat menjadi kurus secara tiba-tiba. Hal ini adalah disebabkan ketagihan dadah dan minuman beralkohol oleh pelakonnya, Matthew Perry.

Pada tahun 1997, Matthew terpaksa ke pusat pemulihan bagi menangani masalah ketagihan ini. Pada tahun 2001, beliau melalui masalah ketagihan yang sama dan terpaksa ke pusat pemulihan semula. Menurut Matthew, beliau tidak pernah 'high' di tempat kerja. Disebabkan tubuhnya yang semakin susut, beliau tidak lagi dapat menyembunyikan ketagihan. 

10. Kafe Central Perk Wujud Di Dunia Realiti

central perk kafe di dalam sitcom friends

Sekitar tahun 1990an dan awal 2000-an, kafe Central Perk hanya wujud di dalam sitcom Friends dan tidak juga wujud di New York City. Rancangan ini memberi sumber insprasi kepada peminat untuk membina sebuah kafe seperti Central Perk dalam dunia realiti. 

Pada tahun 2010, seorang peminat Friends dari China iaitu Du Xin membuka sebuah kafe replika Central Perk di pusat bandar Beijing, dan ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan menjadi popular. Kejayaan ini memberi modal kepada Du Xin untuk menghasilkan replika apartment Chandler dan Joey di unit sebelah kafe beliau. Pada tahun 2012, sebuah lagi kafe Central Perk dibuka di Liverpool.  

Kesimpulan

Friends adalah sebuah sitcom yang sangat berjaya dan mempunyai peminat di seluruh pelusuk dunia. Ramai yang berharap agar sitcom ini dijadikan sebuah filem yang memaparkan reunion kesemua mereka, Chandler, Joey, Monica, Phoebe, Rachel dan Ross. 

Ada peminat kipas susah mati yang sanggup menghasilkan trailer Friends: The Movie mungkin kerana mengharapkan lebih lagi daripada Friends. Ramai juga yang tertipu dengan trailer berkenaan. 

Friends Bloopers




Hakcipta iluminasi.com (2017)