Oleh pada 26 Aug 2017 kategori

Rasanya kebanyakan kita kenal Donald Trump atau President Donald Trump menerusi buku-buku tulisan beliau atau siri televisyen The Apprentice, yang satu masa dulu ditayangkan di TV3 dan mendapat sambutan hangat rakyat Malaysia.

Walaupun kemenangannya dalam pemilihan Presiden agak mengejutkan ramai pihak, khasnya penyokong kuat HIllary Clinton, Trump sebenarnya dari dulu amat bijak dalam menjadikan media sebagai ruang untuk dia menampilkan diri dan membina pengaruh.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sedarkah anda, President Amerika Syarikat (POTUS) Donald Trump telah banyak kali muncul dalam filem, siri televisyen dan media? Berikut adalah 5 kemunculan POTUS dalam siri-siri televisyen dan filem paling popular setakat ini.

1. Ghost Can't Do It

iluminasi donald trump media cameo2

Dalam tahun 1989, Donald Trump melakukan penampilan pertamanya dalam filem. Melakonkan watak sebagai dirinya sendiri, persembahan lakonan Trump pada ketika itu dikritik hebat disamping pelakon veteran wanita Holluwood, Bo Derek. Donald Trump dicalonkan untuk anugerah 'pelakon pembantu lelaki terburuk' bagi anugerah Razzie tahun itu. Dia menang anugerah tersebut sementara pengarah dan pelakon wanita utama filem tersebut, turut memenangi anugerah pengarah terburuk dan pelakon wanita terburuk.

2. Home Alone 2 - Lost in New York

iluminasi donald trump media cameo3

Dalam cameo ringkas ini, Donald Trump terjumpa dengan watak utama siri filem Home Alone, Kevin lakonan Macaulay Culkin yang sesat di New York Plaza Hotel dan bertanya jalan. Watak ini tidak memerlukan Trump berlakon secara serius jadi tidak banyak peluang untuk dia memaparkan penghayatan wataknya kerana kemunculannya hanya untuk beberapa saat. Pada ketika itu, New York Plaza Hotel dimiliki oleh Trump.

3. The Fresh Prince of Bel-Air

iluminasi donald trump media cameo4

Siri yang menaikkan nama Will Smith ini juga pernah menjadi pentas kemunculan Trump. Berlakon sebagai dirinya yang berminat hendak membeli rumah yang dikatakan ada kaitan dengan keluarganya, Trump datang melawat rumah tersebut sebelum diberitahu tentang kesilapan maklumt berkenaan rumah tersebut. Ada satu ayat yang kelakar disebutkan Trump dalam cameo tersebut jika difikirkan sekarang; "everybody always blaming me for everything."

4. Zoolander

iluminasi donald trump media cameo5

Filem 'Zoolander' diharamkan di Malaysia kerana memburukkan kepimpinan negara kita, ekoran paparan Perdana Menteri Malaysia sebagai seorang pemimpin yang bodoh dan berbangsa Cina. Donald Trump melakukan kemunculan ringkas selama beberapa saat sebagai salah seorang peminat watak Zoolander lakonan Ben Stiller.

5. Donald Trump dalam WWE

iluminasi donald trump media cameo6

Semua peminat gusti pasti tak lupa kemunculan Donald Trump dalam rancangan gusti World Wrestling Entertainment. Bermula pada tahun 2007 dalam pertarungan Battle of the Billionaires, Donald Trump mula membuat kacau dengan pemilik WWE, Vinca Macmahon dengan pelbagai cabaran siapa lebih kaya.

Akhirnya mereka berdua bersetuju untuk memilih penggusti bagi mewakili mereka dalam pertarungan yang diadili legenda WWE, Stone Cold Steve Asutin. Pertaruhannya pula siapa kalah, rambutnya perlu dicukur. Trump 'bernasib baik' kerana menang jadi rambutnya yang telah sekian lama kekal sebagai identitinya, terselamat.Pada 2013, Donald Trump disenaraikan sebagai salah seorang yang layak ditempatkan dalam WWE Hall of Fame atas sumbangannya dalam memajukan sukan gusti hiburan di Amerika Syarikat.




Hakcipta iluminasi.com (2017)