pelakon kelahiran malaysia yang muncul dalam siri tv amerika gotham

Mungkin ramai di antara anda yang tidak mengenali nama ini kerana beliau tidak terkenal dalam kalangan TV tempatan. Namun nama Shiva Shobitha Kalaiselvan kini menjadi bualan hangat selepas melakukan debut pertamanya pada 29 Mac dalam siri drama jenayah terkenal Amerika iaitu Gotham.

Gadis berbakat yang berasal dari Malaysia ini, atau lebih tepat dari Kuala Lumpur membawa watak Lelia dalam francais Batman itu dalam episod "A Dark Knight: One of my Three Soups".

shiva kalaiselvan pelakon kelahiran malaysia yang muncul dalam siri tv amerika gotham 2

Dalam sebuah temuramah melalui e-mel, pelakon dan penerbit berusia 34 tahun ini memberitahu wataknya adalah seorang pemimpin kontinjen wanita League of Shadows. Beliau merupakan seorang yang memegang kepada ajaran League walau apa pun berlaku.

Jadi, bagaimana seorang gadis Malaysia mampu muncul dalam siri popular di Amerika? Jom kita kenal serba sedikit mengenai Shiva Kalaiselvan.

Sebelum berkecimpung dalam dunia seni, Shiva meninggalkan Malaysia untuk menyambungkan pelajaran peringkat ijazah sarjana muda di Kelley School of Business di Universiti Indiana, Amerika Syarikat.

shiva kalaiselvan pelakon kelahiran malaysia yang muncul dalam siri tv amerika gotham

Shiva menamatkan dalam Ijazah Sarjana Mudah Kewangan pada tahun 2006 dan mula bekerja sebagai jurubank pelaburan di Milwaukee dan London selama 3 tahun.

Disebabkan industri perbankan mengalami masalah pada tahun 2009, Shiva terpaksa meninggalkan sektor ini, tetapi beliau menggunakan peluang mengembara ke seluruh dunia dengan terbang ke Tanzania dan Argentina di mana beliau menjadi sukarelawan membantu kanak-kanak dan orang dewasa kurang upaya.

shiva kalaiselvan pelakon kelahiran malaysia yang muncul dalam siri tv amerika gotham 7

Selepas pulang ke Malaysia, Shiva kembali berjumpa dengan rakan-rakan sekolah menengahnya dan mula kembali aktif dalam bidang teater yang mana beliau sangat aktif sebelum menyambung pelajaran dalam bidang kewangan.

Shiva mendapat pendidikan dalam bidang lakonan di Guildhall School of Music & Drama serta di Universiti Columbia School of the ARts di mana beliau menerima Master Fine Arts dalam Lakonan.

shiva kalaiselvan gotham

shiva kalaiselvan pelakon kelahiran malaysia yang muncul dalam siri tv amerika gotham 3

shiva kalaiselvan pelakon kelahiran malaysia yang muncul dalam siri tv amerika gotham 5

Bermula dari situ, gadis berbakat besar ini menghasilkan dua produksi teater bersama syarikat pertamanya, New in Line Production LLC.

Dua produksi teater tersebut adalah Someone Who’ll Watch Over Me oleh Frank McGuiness dan Exposure oleh Laura Zlatos. Beliau melakukan debut sebagai seorang pelakon adalah ketika beraksi dalam Nathan the Wise yang dikarang oleh Gotthold Ephraim Lessing, dan diarahkan oleh Brian Kulick.

Dengan kejayaan muncul dalam siri TV Amerika yang terkenal ini, Shiva telah menaikkan nama Malaysia dalam industri lakonan di mata dunia. Tahniah.

Rujukan:

1. Shiva Kalaiselvan

2. Star

3, MM


tags : , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)