Oleh pada 16 Dec 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Muzik Muzik 35

     

Episod ketiga separuh akhir Muzik Muzik 35 atau Semi Final Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang diadakan di Sri Pentas (SP) 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam malam tadi menyaksikan pengumuman 12 buah lagu yang berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35).

Acara paling dinantikan peminat muzik tanah air itu memperlihatkan gabungan pencalonan antara penyanyi 'budak baru nak up' (BBNU), dengan turut disertai barisan artis nama besar.

Terdahulu, 30 lagu hasil undian peminat menerusi carta Muzik Muzik 35 berentap di pentas separuh akhir yang berlangsung pada 20 dan 21 November, serta 15 Disember.

Antara yang terlibat termasuk lagu dendangan penyanyi Hafiz Suip, Nabila Razali, Ernie Zakri, Hael Husaini, Shila Amzah, Floor 88. Yonnyboii dan ramai lagi.

Untuk senarai penuh 30 lagu bertanding, baca artikel: Senarai 30 Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (2020)

Untuk mengetahui keputusan lagu terbaik SFMM35 episod 1, 2 dan 3, baca: Keputusan Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (2020)

Pengadilan menggunakan kredibiliti daripada tujuh orang juri profesional yang diketuai komposer ternama, Azmeer.

SFMM35 dikemudikan gandingan pengacara Sherry Alhadad dan Haziq Hussni.

Edisi lalu menyaksikan Naim Daniel menjulang trofi juara menerusi single 'Sumpah'.

Berikut adalah senarai penuh finalis AJL35 yang bakal bersaing dalam merebut trofi-trofi yang dipertandingkan.

    

Baca: Biodata Ezra Kong, Komposer Lagu Gila, Pemenang AJL 35

Baca: Akhirnya Juri Dedah Punca Lagu Gila Juara AJL 35

Baca: Keputusan Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) 2020 / 2021 - Juara Dan Pemenang 

Baca: Info Penuh Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) 2020 / 2021

Baca: Keputusan Anugerah Juara Lagu 34

Baca: Senarai Kesemua Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 1986 - 2020

    

muzik muzik 35 787

Kredit foto: Instagram Muzik Muzik 35

     

Senarai Penuh Finalis / Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35)

    

1. Hutang - Floor 88

Komposer: Zai Hamzah

Lirik: Achoi Floor 88

   

2. Peluang Kedua - Hael Husaini

Komposer & Lirik: Hael Husaini & MFMF

   

3. Belenggu Rindu - Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdillah

Komposer & Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

   

4. Aku Bidadari Syurgamu - Aishah

Komposer: Ippo Hafiz

Lirik: Siti Rosmizah

   

5. Hati - Hael Husaini

Komposer & Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

   

6. 7 Nasihat - Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sickta

Komposer & Lirik: Kmy Kmo & Luca Sickta

  

7. Semalam - Aina Abdul

Komposer & Lirik: Aina Abdul

  

8. Gundah - Ernie Zakri

Komposer & Lirik: Ernie Zakri & Sharon Paul

   

9. Jangan Khianati Aku - Azlan & The Typewriter

Komposer & Lirik: Dark

   

10. Kau Sakiti - Amir Masdi

Komposer & Lirik: Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage

   

11. Gila - Kaka Azraff, Noki & Loca B

Komposer & Lirik: Noki, Loca B & Ezra Kong

  

12. EH - Zizi Kirana

Komposer: Navigator & Zizi Kirana

Lirik: Mambang & Zizi Kirana

    

Kredit video: [LIVE] Muzik Muzik 35 Separuh Akhir Episod 1

      

Kredit video: [LIVE] Muzik Muzik 35 Separuh Akhir Episod 2

      

Kredit video: [FULL] Muzik Muzik 35 Separuh Akhir Episod 3

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)