Oleh pada 01 Jan 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Sissy Imann

Bahang Anugerah Juara Lagu (AJL36) semakin dirasakan apabila senarai 12 lagu yang berjaya melayakkan diri dalam pertandingan itu, diumumkan sewaktu segmen penghujung program separuh akhir Muzik Muzik 36 episod 2.

Peringkat separuh akhir yang juga dikenali sebagai Semi Final Muzik-Muzik 36 (SFMM36) itu mempertaruhkan 30 buah lagu keseluruhannya yang merangkumi pelbagai genre muzik termasuklah balada, pop rock dan hip hop, nyanyian oleh para penyanyi hebat tanah air.

18 lagu dipertandingkan di episod pertama, manakala episod kedua pula menampilkan 12 lagu selebihnya.

Menyemarakkan pentas adalah penampilan istimewa penyanyi-penyanyi undangan antaranya Kumpulan Estranged, Muss, Drama Band, Margaswata, Zynakal, Asyraf Nasir, Lia Aziz dan juara program realiti Lagu Cinta Kita musim ketiga iaitu Syafeek dan Zazo.

Sebuah kategori iaitu Lagu Pilihan Penonton diwujudkan khas buat para peminat yang ingin mengundi lagu kegemaran dengan mengimbas Kod QR di skrin TV sewaktu SFMM36 bersiaran langsung.

Lagu dengan undian tertinggi diumumkan sebagai pemenang kategori berkenaan di episod kedua.

Program yang diadakan di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam, Selangor pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022 itu ditutup tirainya dengan menyenarai pendek lagu yang berjaya mara ke AJL 36.

Debaran kini dalam menantikan bentuk persembahan para finalis di pentas anugerah muzik itu serta lagu manakah yang bakal dijulang sebagai pemilik trofi utama AJL36? Sama-sama kita nantikannya.

Butiran mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh AJL 36, baca artikel: Info Penuh Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) 2021 / 2022

Sementara itu, jom semak dahulu senarai 12 lagu tahunan terbaik yang menjadi pilihan juri profesional, sebagaimana diumumkan oleh pengacara Alif Satar dan Sissy Imann.

juara lagu 2021 960

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Keputusan Muzik Muzik 36 Separuh Akhir / Semi Final 2021 : Senarai Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu 36 (2021 / 2022)

1. Boneka - Ernie Zakri

Komposer: Omar K, Iqie Hugh & Firdaus Rahmat

Penulis lirik: Omar K, Iqie Hugh & Firdaus Rahmat

2. Mimpi - Haqiem Rusli

Komposer: Haqiem Rusli & Datuk A.Aida

Penulis lirik: Haqiem Rusli & Datuk A.Aida

    

3. Sepi - Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul

Penulis lirik: Aina Abdul & Wan Zakaria

4. Nafas Cinta - Khai Bahar & Aina Abdul

Komposer: Khai Bahar & Aina Abdul

Penulis lirik: Aina Abdul & Wan Zakaria

   

5. Purnama - Naim Daniel

Komposer: Amzar Razqa & Naim Daniel

Penulis lirik: Amzar Razqa

6. Intan Payung - Noraniza Idris & Bunga

Komposer: Luca Sickta, Bunga & Amzar Razqa

Penulis lirik: Bunga & Siqma

7. Salahku - Yonnyboii

Komposer: Yonnyboii

Penulis lirik: Yonnyboii

8. Pelukan Angkasa - Sog X Shila Amzah

Komposer: Raja Nazrin Shah

Penulis lirik: Fazleena Hishamuddin

   

9. Aewo - Shiha Zikir Ft Noki

Komposer: Ezra Kong

Penulis lirik: Ezra Kong & Noki

10. Lara - Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli

Komposer: Hael Husaini & Mfmf

Penulis lirik: Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli

   

11. Angkara - Siti Nordiana

Komposer: Sharon Paul

Penulis lirik: Fedtri Yahya & Nana Alias

12. Cinta - Marsha Milan

Komposer: Bunga Cantik & Hang Nadim

Penulis lirik: Hang Nadim

Lagu Pilihan Penonton - Nafas Cinta - Khai Bahar & Aina Abdul

   

Baca: Senarai 30 Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 36 / SFMM 2021

   

Juri Profesional Muzik Muzik 36 Separuh Akhir / Semifinal 2021

1. Datuk Mokhzani Ismail (Ketua Juri)

2. Datuk Acis

3. Chaan

4. Helen Yap

5. LY

6. Datuk Syafinaz Selamat

7. Altimet

Info Anugerah Juara Lagu 35 Edisi 2020 / 2021

1. Lagu ‘Gila’ adalah lagu Hip Hop kedua yang memenangi trofi utama Juara Lagu menyusuli ‘Apa Khabar’ dendangan Joe Flizzow dan SonaOne pada AJL 29, 2014.

2. Dengan kemenangan 'Gila', Kaka Azraff, Noki dan Loca B menjadi trio sulung merangkul AJL, manakala Loca B penyanyi rap wanita pertama yang mengungguli acara itu.

3. Dato' Jamal Abdillah kembali menyemarakkan pentas AJL selepas kali terakhir muncul di AJL14 pada 1999.

4. AJL35 juga menyaksikan penampilan beberapa penyanyi yang pertama kali menjejaki pentas muzik itu, antaranya Noki K Clique, Loca B, Zizi Kirana, Kmy Kmo, Luca Sickta, Amir Masdi, Kumpulan Floor 88 dan Nabila Razali.

5. Kerana Dato' Sri Siti Nurhaliza tidak lagi mahu beraksi di AJL, lagu yang dirakamkannya telah diwakili oleh penyanyi gantian iaitu Aishah dan Shiha Zikir yang masing-masing membawakan Aku Bidadari Syurgamu dan 7 Nasihat.

Kredit video: [LIVE] Muzik Muzik 36 Separuh Akhir - Bahagian 1

Kredit video: [LIVE] Separuh Akhir Muzik Muzik 36 Bahagian 2




Hakcipta iluminasi.com (2017)