Oleh pada 20 Nov 2020 kategori

separuh akhir muzik muzik 445   

Kredit foto: Instagram Haziq Hussni (Hot FM)

   

Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 atau Semi Final Muzik Muzik 35 (SFMM35) mempertaruhkan 30 buah lagu berkualiti dalam persaingan merebut tempat  ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).

Hanya 12 lagu akan dipilih untuk mara ke pentas muzik berprestij yang dijangka berlangsung pada awal tahun hadapan.

Lari dari kebiasaan, siaran langsung SFMM35 yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam ini diadakan selama tiga hari berturut-turut.

Malah, tiga episod pada 20, 21 dan 22 November 2020 akan berlangsung tanpa kehadiran penonton sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Antara penyanyi yang terlibat seperti Hael Husaini, Naim Daniel, Ernie Zakri, Dayang Nurfaizah, Floor 88, Nabila Razali, Hafiz Suip, Shila Amzah, Yonnyboii dan ramai lagi.

Untuk senarai penuh 30 lagu berentap, anda boleh baca artikel: Senarai 30 Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (2020) 

Bagi dua episod pertama, berikut merupakan lagu-lagu yang berada di kedudukan teratas, meskipun tidak menjamin tempat ke AJL35.

Keputusan siapakah finalis akhir hanya akan diketahui pada episod ketiga SFMM35 pada Ahad.

           

muzik muzik 35 90

Kredit foto: Instagram Haziq Hussni (Hot FM)

   

Keputusan Lagu Yang Mendapat Markah Tertinggi  - Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (2020) Episod Pertama Dan Kedua

   

Lagu Terbaik Separuh Akhir Episod 1

Judul: Hati

Penyanyi: Hael Husaini

Komposer & Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

   

Lagu Terbaik Separuh Akhir Episod 2

Judul: 7 Nasihat

Penyanyi: Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta

Komposer & Lirik: Kmy Kmo & Luca Sickta

   

SFMM35 dikemudikan pasangan hos yang tidak asing lagi, Haziq Hussni dan Sherry Alhadad.

Edisi AJL musim lalu menyaksikan 'Sumpah' dipopularkan Naim Daniel diangkat sebagai Juara Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34).

   

Kredit video: [LIVE] Separuh Akhir Muzik Muzik 35 Episod 1

   

Kredit video: [LIVE] Muzik Muzik 35 Separuh Akhir Episod 2

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)