Kredit foto: Youtube Astro Gempak

Konsert minggu kelima Gegar Vaganza 4 (GV4) bakal menyaksikan sembilan bintang GV4 menyampaikan lagu dalam tema 'Kaum Kerabat' - hasil karya penyanyi asal yang mempunyai ahli keluarga yang terlibat dalam industri muzik tanah air.

Sembilan penyanyi yang bersaing ialah Aqasha, Hazami, Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Lan Kristal, Tia Jinbara dan Firman Siagian.

Menerusi pemerhatian, lagu-lagu yang dipilih benar-benar mencabar sesetengah peserta, antaranya Hazami dan Lan Kristal yang dituntut membawa lagu penyanyi wanita!

Minggu lalu menyaksikan perjuangan Haida berakhir selepas memperoleh markah paling corot.

Apa pula nasib sembilan bintang yang bertanding malam ini? Sementara menanti konsert berlangsung, kami kongsikan senarai lagu yang bakal dipertaruhkan mereka.

1. Hazami – Jerat Percintaan (Siti Nurhaliza)

2. Liza Hanim - Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah)

3. Aishah – Menghitung Hari (Krisdayanti)

4. Firman – Bukan Aku Tak Cinta (Iklim)

5. Tia – Antara Hujan Dan Air Mata (Sudiman)

6. Lan – Sangkar Cinta (Ziana Zain)

7. Elyana – Sepi (Yuni Shara)

8. Syura – Sepi Sekuntum Mawar Merah (Ella)

9. Aqasha – Juwita (M Nasir)

Konsert GV4 yang dikemudi hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse, ke udara secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.




Hakcipta iluminasi.com (2017)