Oleh pada 04 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Sepuluh peserta program realiti Gegar Vaganza 2019 (GV2019) bakal diuji menerusi cabaran lagu bertemakan 'Curahan Hati', Ahad ini.

Persaingan barisan penyanyi 'otai' minggu keempat itu membabitkan Naqiu (Boboy), Nur Fatima, Wann, Sham (Visa), Noorshila Amin, Jatt Ali, Feeza, Roy, Hady Mirza dan kumpulan One Nation Emcees.

Meletakkan kuasa pemarkahan di tangan juri iaitu pemuzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Hetty Koes Endang, siapakah pula bintang yang bakal dihentikan perjuangannya pada minggu ini?

Sementara menantikan teka-teki terjawab, kami kongsikan lagu-lagu tugasan dipertaruhkan para peserta:

   

gegar vaganza 2019 974

Kredit foto: Facebook Astro

   

SENARAI LAGU KONSERT GEGAR VAGANZA 2019 MINGGU 5

  1. Nurfatima - Can't Fight The Moonlight (LeAnn Rimes) 
  2. Sham Visa - Terima Kasih Cinta (Afgan)
  3. Naqiu Boboy - Di Ambang Wati (Wings)
  4. Wann - Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu (Uji Rashid)
  5. Jatt - Benci Bilang Cinta (Radja)
  6. One Nation Emcees - Makhluk Tuhan Paling Sexy (Mulan Jameela) 
  7. Hady Mirza - Luluh (Khai Bahar)
  8. Feeza - Jutaan Purnama (Alyah)
  9. Noorshila Amin - Semakin (Siti Sarah)
  10. Roy - Crazy Little Thing Called Love (Queen)

   

Musim keenam program realiti berkenaan diacarakan pasangan Nabil Ahmad dan Jihan Muse, bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Juga di platform penstriman video, Youtube dan laman sesawang rasmi Gegar Vaganza.

   

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2019 Live + (Minggu 5)

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)