Kredit foto: Astro Gempak

Konsert minggu keempat Gegar Vaganza 4 (GV4) bakal menyaksikan 10 bintang GV4 menyampaikan lagu bersama pasangan duet masing-masing menerusi tema 'Berduet Lebih Baik'.

10 penyanyi yang masih bertahan ialah Aqasha, Hazami, Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Lan Kristal, Tia Jinbara dan Firman Siagian.

Minggu keempat ini pastinya lebih mencabar kemampuan peserta kerana mereka dikehendaki bekerjasama dengan rakan duet dalam menjayakan tugasan lagu.

Minggu lalu menyaksikan penyanyi Raja Azura menduduki tangga tercorot sekaligus diumumkan tersingkir. 

Sebagaimana yang didedahkan hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse dalam segmen 'Ada Lagu Ada Lagi' di hujung konsert ketiga, berikut kami kongsikan lagu-lagu tugasan peserta minggu ini.

1. Lagu : Dirgahayu - Faizal Tahir & Dato' Siti Nurhaliza

Pasangan Duet : Hafiz Suip

Peserta : Liza Hanim

2. Lagu : Biar Menjadi Kenangan - Reza & Masaki Ueda

Pasangan Duet : Misha Omar

Peserta : Firman

3. Lagu : Naluri Cinta - To'ki & Rohana Jalil

Pasangan Duet : Siti Nordiana

Penyanyi : Lan Kristal

4. Lagu : Jangan Pisahkan - Deddy Dores & Mayank Sari

Pasangan Duet : Azharina

Peserta : Hazami

5. Lagu : Arjuna Mencari Cinta - Dewa

Pasangan Duet : Aweera

Penyanyi : Tia Jinbara

6. Lagu : Ceritera Cinta - Jaclyn Victor & Rio Febrian

Pasangan Duet : Innuendo

Peserta : Aishah

7. Lagu : Selasih Ku Sayang - Datuk Ahmad Jais & Datin Rafeah

Pasangan Duet : Bob

Peserta : Syura

8. Lagu : Memori Daun Pisang - Amelina & Iwan

Pasangan Duet : Ezad Lazim

Peserta : Haida

9. Lagu : Cinta Ini Membunuhku - D'Masiv

Pasangan Duet : Tomok

Peserta : Aqasha

10. Lagu : Aku Yang Tersakiti - Judika

Pasangan Duet : Aepul Drama Band

Penyanyi : Elyana

Konsert GV4 ke udara secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.




Hakcipta iluminasi.com (2017)