Oleh pada 22 Oct 2018 kategori

Kredit foto: Instagram @astrogempak

Bertemakan 'Lama Tak Dengar', konsert kelima Gegar Vaganza 5 (GV5) bakal menampilkan persembahan bertenaga sembilan bintang yang masih kekal.

Mereka ialah Noryn Aziz, Amelina, Zamani, Hetty Sarlene, Mya Ruslee, Dia Fadila, Farawahida, kumpulan Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain.

Konsert kali ini akan menyaksikan sisi vokal bintang-bintang GV5 dalam mengembalikan nostalgia lagu-lagu popular era 70-an dan 80-an. 

Menerusi segmen Ada Lagu Ada Lagi pada Ahad lalu, pasangan hos Jihan Muse dan Nabil Ahmad telah mengumumkan senarai lagu tugasan para peserta.

Berikut kami kongsikan semula kepada anda.

senarai lagu tugasan konsert kelima gegar vaganza 5 2

Kredit foto: Instagram @astrogempak

               

  1. Noryn Aziz - One Night Only (Dreamgirls)
  2. Maya - Sekadar Di Pinggiran (Francissca Peter)
  3. Dia Fadila - Menghitung Hari (Salamiah Hassan)
  4. Forteen - Hati Ku Luka Lagi (Black Dog Bone)
  5. Farawahida - Kau Merubah Segalanya (Fauziah Latiff)
  6. Zamani - Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (Flybaits)
  7. Hetty Sarlene - Mawar Putih Untuk Mama (Datuk Sharifah Aini)
  8. Amelina - Pelangi Petang (Sudirman)
  9. Billy Zulkarnain - Antara Anyer dan Jakarta (Sheila Majid)

                

Konsert GV5 dibawakan dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria, setiap Ahad, jam 9 malam.

Bersiaran selama lapan minggu, juara musim ini bakal membawa pulang wang tunai RM100,000 bersama trofi, RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 pula untuk tempat ketiga.

Pemenang tangga keempat, kelima dan keenam masing-masing diberi ganjaran wang tunai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 bersama trofi.

Untuk info terkini berkenaan GV5, ikuti laman Instagram rasmi @gegarvaganzaofficial dan laman web www.gegarvaganza.com.my.




Hakcipta iluminasi.com (2017)