Kredit foto: Youtube Astro Gempak

Konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza 4 (GV4) bakal menampilkan tujuh bintang GV4 bersaing dalam dua tema iaitu 'Goyang Kaki Goyang Tangan' dan 'Runut Bunyi'. 

Tujuh penyanyi yang berentap dalam peringkat separuh akhir ini ialah Hazami, Liza Hanim, Aishah, Syura, Lan Kristal, Tia Jinbara dan Firman Siagian.

Konsert ini akan lebih mencabar kredibiliti para peserta kerana buat julung kalinya musim ini mereka diberi dua buah lagu tugasan sekaligus.

Minggu lalu menyaksikan perjuangan penyanyi Aqasha terhenti selepas menduduki kedudukan tercorot daripada kesemua peserta yang bertanding.

Siapakah bintang GV4 yang bakal mara ke peringkat akhir musim ini? Sementara menanti konsert berlangsung, kami kongsikan senarai lagu yang bakal dipertaruhkan mereka.

1. Liza Hanim - Kesal (Ella)/ Jagalah Diri (Jaclyn Victor) 

2. Firman - I Feel Good (James Brown)/ Menanti Sebuah Jawaban (Padi) 

3. Lan Kristal - Kalis Rindu (Elyana)/ Ukiran Jiwa (Awie) 

4. Hazami - Getaran (Famieza)/ Hello (Lionel Richie) 

5. Tia Jinbara - Hukum Karma (Wings)/ Isabella (Search) 

6. Aishah - River Deep Mountain High (Ike & Tina Turner)/ Keranamu Kekasih (Illa Sabry)

7. Syura - Dokter Cinta (Dewi Dewi)/ Cinta Antara Benua (Arni Nazira) 

Konsert GV4 yang dikemudi pasangan hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse, ke udara secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.




Hakcipta iluminasi.com (2017)