Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Konsert minggu keenam Gegar Vaganza 4 (GV4) bakal menyaksikan lapan bintang GV4 bersaing dalam tema 'Jangan Kata Tak Tahu'.

Lapan penyanyi yang masih kekal ialah Aqasha, Hazami, Liza Hanim, Aishah, Syura, Lan, Tia Jinbara dan Firman Siagian.

Berdasarkan pemilihan lagu tugasan para peserta, tidak dinafikan kesemuanya adalah lagu popular yang dikenali ramai. Pastinya memberikan cabaran besar buat bintang GV4 untuk membawakannya dalam versi tersendiri.

Minggu lalu menyaksikan berakhirnya perjuangan Elyana selepas diumumkan berada di tangga terendah.

Apa pula nasib lapan bintang yang bertanding malam esok? Sementara menanti konsert berlangsung, kami kongsikan senarai lagu yang bakal dipertaruhkan mereka.

1. Liza Hanim - Warkah Untukmu (Ara)

2. Firman - Terakhir (Sufian Suhaimi)

3. Lan Kristal - Pahit Akan Manis Akhirnya (Ukays)

4. Hazami - Jampi (Hael Husaini)

5. Tia Jinbara - Bayang (Khar Bahar)

6. Aishah - Tergantung Sepi (Haqiem Rusli)

7. Syura - Kau Tetap Dalam Anganku (Azie) 

8. Aqasha - That's Why You Go Away (Michael Learns To Rock) 

Konsert GV4 yang dikemudi pasangan hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse, ke udara secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.




Hakcipta iluminasi.com (2017)