senarai lagu tugasan konsert ketiga gegar vaganza 4

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 4 (GV4) bakal mencabar 11 bintang GV4 menyanyikan lagu di luar zon selesa mereka dengan tema 'Berani Ke Tidak'.

11 penyanyi yang masih kekal dalam persaingan ialah Aqasha, Hazami, Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Raja Azura, Lan Kristal, Tia Jinbara dan Firman Siagian.

Minggu ketiga ini menyaksikan para peserta bekerja keras mengadakan persiapan dan latihan bagi memastikan prestasi persembahan mereka terus konsisten.

Sebelum ini, penyanyi Ferhad diumumkan sebagai peserta sulung meninggalkan program realiti itu.

Sementara menantikan persembahan mereka malam ini, ayuh kita semak senarai lagu yang bakal dinyanyikan, sebagaimana yang telah diumumkan dalam segmen Ada Lagu Ada Lagi di hujung konsert lalu.

1. Liza Hanim - Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)

2. Haida - Kenangan bersamamu (Lefhanded)

3. Hazami - Joget Kenangan Manis (Allahyarham Datuk Sudirman)

4. Syura - Knock Knock (Elizabeth Tan)

5. Aishah - Terukir Di Bintang (Yuna)

6. Tia Jimbara - Bila Resah (Anuar Zain)

7. Lan Kristal - Sayang Sayang (Alif Aziz)

8. Aqasha - Cinta Tak Keruan (Amigos)

9. Firman Siagian - Zalikha (Floor 88)

10. Elyana - Wulan Merindu (Cici Faramida)

11. Raja Azura - Perhaps Perhaps Perhaps (Pussycat Doll)

Konsert GV4 yang dikemudi pasangan hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse ke udara secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.


tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)