markah dan kedudukan peserta konsert kelima gegar vaganza 4 729
Kredit foto: BH Online & Astro Gempak

Konsert kelima Gegar Vaganza 4 (GV4) yang membawa tema 'Kaum Kerabat' hanya melayakkan lapan peserta bersaing di peringkat suku akhir, minggu hadapan.

Minggu ini menyaksikan Aishah mendahului bintang-bintang lain dengan jumlah markah tertinggi sebanyak 75%.

Namun rezeki tidak berpihak kepada Elyana yang hanya mampu berpuas hati dengan pungutan markah sebanyak 59.4%, sekaligus diumumkan tersingkir di hujung konsert.

Lapan bintang yang bakal berentap di suku akhir ialah Liza Hanim, Hazami, Syura, Aishah, Tia Jinbara, Lan Kristal, Aqasha dan Firman Siagian.

Penilaian dibuat sepenuhnya oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap, bersama Datuk M. Nasir sebagai juri undangan.

Berikut kami kongsikan kedudukan dan markah penuh para peserta dalam konsert yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, semalam.

1. Aishah - 75%

2. Hazami - 74.4%

3. Firman - 74%

4. Liza Hanim - 72.8%

5. Lan - 69.8%

6. Syura - 69%

7. Aqasha - 68.4%

8. Tia Jinbara - 68.2

9. Elyana - 59.4%

Dalam pada itu, Elyana yang mempertaruhkan lagu Sepi dinobatkan pemenang Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori 'Lagu Paling Kau Ingat'.

Konsert GV4 ke udara secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)