Kredit foto: Youtube Gegar Vaganza 4

Konsert akhir Gegar Vaganza 4 (GV4) yang membawa tema ‘Solo & Battle’ bakal menyaksikan enam bintang merebut takhta juara.

Mereka ialah Liza Hanim, Aishah, Hazami, Tia Jinbara, Lan Solo dan Firman Siagian.

Berdasarkan prestasi dan kedudukan para peserta setiap minggu, tidak dinafikan persaingan amat sengit hingga sukar untuk meramalkan siapa yang bakal mengungguli pertandingan musim ini, selepas Ayai Illusi (juara musim pertama), Siti Nordiana (juara musim kedua) dan Azharina Azhar (juara musim ketiga).

Minggu lalu menyaksikan tamatnya perjuangan Syura sekaligus melenyapkan harapannya untuk beraksi di pentas akhir.

Bagaimana pula nasib finalis GV4 malam ini? Sementara menanti konsert berlangsung, ayuh semak semula senarai lagu yang bakal dipertaruhkan mereka untuk segmen solo dan pusingan 'battle' - bersama pasangan penyanyi yang belum didedahkan.

Lagu Solo:

1. Hazami - Bahagiamu Deritaku (Hafiz Suip)

2. Aishah - All By Myself (Celine Dion)

3. Firman Siagian - Drama King (Meet Uncle Hussein)

4. Liza Hanim - Meniti Titian Usang (Search)

5. Tia Jinbara - Romancinta (Mojo)

6. Lan Solo - Smells Like Teen Spirit (Nirvana)

Lagu ‘Battle’:

1. Supergirls (De Fam) - Aishah vs ?

2. Amboi (Altimet) - Hazami vs ?

3. Tepi Sikit (Sleeq) - Firman vs ?

Juara bakal menerima ganjaran wang tunai RM100,000 berserta trofi, diikuti RM50,000 untuk naib juara. Manakala RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi untuk tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam.

Konsert akhir GV4 ke udara secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor pada malam ini (17 Disember 2017), jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)