Kredit foto: Beautifulnara

Gegar Vaganza 4 (GV4) memasuki minggu kedua malam ini dengan membawa tema ‘Sekali Dengar Terus Melekat’.

Di hujung konsert lalu, hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse mengumumkan tiada peserta yang tersingkir.

Namun apa pula nasib 12 bintang yang bersaing malam ini?

Menerusi media sosial, rata-rata peminat nyata berdebar memandangkan kesemua penyanyi yang berentap hebat-hebat belaka.

Kata Faradini, “Tak sabarnya tunggu malam ni, semua bintang hebat-hebat pula tu. Gementar!”

“Perkara yang paling saya tunggu malam ini adalah menonton Gegar Vaganza dengan ibu saya pukul 9 malam nanti,” tulis Lena Elena. 

Bakal mengadili peserta adalah dua juri tetap, pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi lagenda Hetty Koes Endang, bersama seorang lagi juri undangan setiap minggu.

Jangan lupa saksikan sendiri kehangatan pentas hiburan yang menjadi tumpuan ini, bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Berikut kami senaraikan lagu tugasan peserta konsert kedua GV4.

1. Aishah – Dingin (Ziana Zain)

2. Firman– Rindu Serindu-Rindunya (Spoon)

3. Hazami – Setengah Mati Merindu (Judika)

4. Liza Hanim – Aku Hanya Pendatang (Francissca Peter)

5. Lan Kristal – Karam (Zabarjad)

6. Tia Jimbara – Lagu Cenderawasih (Kriss)

7. Elyana – Masih Cinta (Kotak)

8. Syura – Ku Pendam Sebuah Duka (Datuk Khatijah Ibrahim )

9. Ferhad – Harus Terpisah (Cakra Khan)

10. Aqasha – Aku (Datuk Jamal Abdillah)

11. Haida - Gubahan Rindu Puisi Syahdu (Fauziah Latif)

12. Raja Azura – Apa Yang Ku Cari (Endang S. Taurina)

Sumber berita: Astro Gempak 




Hakcipta iluminasi.com (2017)