Oleh pada 11 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Konsert minggu keenam Gegar Vaganza 2019 (GV2019) bakal menyaksikan pertarungan antara peserta menerusi lagu-lagu yang pernah mengungguli carta hits dalam tema 'Melets' (Meletup).

Pertembungan pada Ahad ini membabitkan 10 penyanyi yang masih bertahan iaitu Naqiu (Boboy), Nur Fatima, Wann, Sham (Visa), Noorshila Amin, Jatt Ali, Feeza, Roy, Hady Mirza dan kumpulan One Nation Emcees.

Berikut dikongsikan senarai lagu tugasan minggu keenam GV6.

   

gegar vaganza 2019 602

Kredit foto: Instagram Nabil Ahmad

    

SENARAI LAGU KONSERT GEGAR VAGANZA 2019 MINGGU 6 (SUKU AKHIR)

  1. Naqiu Boboy - Juwita (Saleem)
  2. Wann - Pengemis Cinta (Ella)
  3. Nurfatima - Enggan (Fauziah Latiff)
  4. Sham Visa - Suratan Takdir (Gersang)
  5. Jatt - Still Loving You (Scorpions)
  6. Hady Mirza - Cinta Luar Biasa (Andmesh)
  7. Feeza - Terus Mencintai (Siti Nordiana)
  8. Roy - Sonata Musim Salju (Hazami)
  9. One Nation Emcees - Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim)
  10. Noorshila Amin - Karena Pengalaman (Elvy Sukaesih)

    

Sementara itu, pengarah muzik, Datuk Ramli MS dan penyanyi Hetty Koes Endang kekal memegang mandat mengadili pertandingan di kerusi juri tetap.

GV6 diacarakan pasangan hos, Nabil Ahmad dan Jihan Muse dalam siaran yang ke udara secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Juga boleh distrim di Youtube Astro Gempak atau dengan mengunjungi laman sesawang rasmi Gegar Vaganza 2019.

   

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2019 Live + (Minggu 6)

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)