Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Konsert keenam Gegar Vaganza 4 (GV4) menyaksikan hanya tujuh bintang mara ke peringkat separuh akhir minggu hadapan.

Mermbawa tema 'Jangan Kata Tak Tahu', konsert itu diungguli penyanyi Liza Haim dengan kutipan markah tertinggi sebanyak 76.1%.

Manakala Aqasha yang tersingkir di hujung konsert hanya mampu berpuas hati dengan jumlah markah 43.8%, iaitu yang tercorot daripada kesemua lapan peserta bertanding.

Tujuh finalis yang terpilih ke peringkat separuh akhir ialah Liza Hanim, Hazami, Syura, Aishah, Tia Jinbara, Lan dan Firman Siagian.

Keputusan diadili sepenuhnya oleh juri profesional yang terdiri daripada dua juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang bersama dua juri undangan, Datuk Mokhzani Ismail dan Datuk AC Mizal.

Berikut kami kongsikan senarai markah dan kedudukan lapan bintang yang beraksi di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, malam tadi.

1. Liza Hanim: 76.1%

2. Hazami: 73.6%

3. Aishah: 67.6%

4. Tia Jinbara: 67.3%

5. Firman: 67%

6. Syura: 60.9%

7. Lan: 60.6%

8. Aqasha: 43.8%

Dalam pada itu, Aishah diumumkan sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingat, menerusi persembahan lagu Tergantung Sepi.

Konsert GV4 ke udara secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)