Kredit foto: Astro Gempak

Konsert keenam Gegar Vaganza 4 (GV4) menyaksikan Aqasha sebagai peserta kelima diumumkan tersingkir daripada program realiti berkenaan.

Dalam minggu bertemakan ‘Jangan Kata Tak Tahu' itu, penyanyi Liza Hanim mengungguli persaingan dengan pungutan markah tertinggi sebanyak 76.1%.

Manakala Aqasha yang berada di kedudukan tercorot terpaksa berpuas hati dengan pungutan markah sebanyak 43.8%.

Sementara itu, Aishah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori 'Lagu Paling Kau Ingat' selepas mempamerkan persembahan cemerlang menerusi Tergantung Sepi.

Anugerah itu berdasarkan jumlah tanda suka paling banyak di akaun Instagram Datuk Vida selaku penaja GV4.

Tidak ketinggalan, Liza Hanim dianugerahkan Anugerah Digi Star of The Week sekaligus membawa pulang eGiftCard Go Shop bernilai RM 1,000 serta berpeluang menentukan giliran persembahannya minggu ini.

Juri profesional yang mengadili pertandingan terdiri daripada dua juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang bersama dua juri jemputan, Datuk AC Mizal dan Datuk Mokhzani Ismail.

Berikut kami kongsikan imbas kembali komen-komen juri malam konsert berkenaan.

1. Syura - Kau Tetap Dalam Anganku

"Nyanyian anda okey, alunan lagu pun ok, jiwa anda lembut manis. Tetapi anda sepatutnya diberikan lagu lebih mencabar dan bersifat konsert. Kali ini biasa-biasa saja" - Datuk Ramli MS

2. Tia - Bayang

"Anda punyai sosok penyanyi rock yang baik dan cerdik sekali. Beri sahaja apa-apa lagu sekali pun anda akan mencipta kreativiti dan dinamik yang indah" - Hetty Koes Endang

3. Liza Hanim - Warkah Untukku

"Secara teknikalnya anda memang penyanyi yang konsisten dari dahulu lagi. Pitching, penghayatan dan percubaan terbaik malam ini" - Datuk Mokhzani

4. Lan - Pahit Akan Manis Akhirnya

"Ada ada usaha untuk bangun berdiri walaupun sedang sakit. Pitching dan tempo pun bagus" - Datuk AC Mizal

5. Aqasha - That's Why You Go Away

"Apa masalah awak? Maaf saya tidak boleh komen lanjut. Terima kasih" - Datuk Ramli MS

"Minggu lepas lebih baik daripada minggu ini" - Hetty Koes Endang

6. Aishah - Tergantung Sepi

"Pada mulanya saya ragu-ragu mungkin lagu ini kurang sesuai untuk anda namun anda buktikan saya salah! Nada tinggi anda nombor satu namun anda harus fokus pada nada rendah juga" - Hetty Koes Endang

7. Firman - Terakhir

"Orang akan banding-bandingkan dengan penyanyi asal namun anda berjaya mendalami melodi lagu uni dan faham struktur lagu untuk menyanyikan dalam gaya sendiri " - Datuk Mokhzani

8. Hazami - Jampi

"Suara anda tidak perlu dipertikaikan kerana anda antara penyanyi lelaki terbaik di Malaysia! Teknik nyanyian sempurna dan anda telah lakukan yang terbaik" - Datuk AC Mizal

Konsert GV4 ke udara secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)