Oleh pada 29 Oct 2018 kategori

Kredit foto: Instagram @astrogempak

Persaingan peserta di Konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) semakin hangat dan bakal diteruskan ke minggu keenam pada Ahad ini.

Seramai lapan penyanyi yang terdiri daripada solo, duo dan berkumpulan akan berentap untuk mendapatkan tempat di peringkat separuh akhir.

Bertemakan 'Terbaik Bos', kesemua bintang diberi tugasan untuk membawakan lagu yang diiktiraf menerusi pencapaian yang diraih dalam anugerah muzik terdahulu.

Menerusi segmen Ada Lagu Ada Lagi dalam konsert sebelum ini, pengacara Jihan Muse dan Nabil Ahmad mendedahkan senarai lagu yang bakal didendangkan para peserta.

Mereka yang masih bertahan ialah Zamani, Maya, Noryn Aziz, Farawahida, Amelina, Hetty Sarlene, Dia Fadila, kumpulan Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain.

Berikut lagu tugasan mereka di minggu keenam:

senarai lagu tugasan konsert keenam gegar vaganza 5 2

Kredit foto: Instagram @astrogempak

            

  1. Dia Fadila - Bencinta (Faizal Tahir)
  2. Maya - Hatinya Tak Tahan (Noraniza Idris)
  3. Noryn Aziz - Seandainya Masih Ada Cinta (Dayang Nurfaizah)
  4. Forteen - Satu (Tan Sri S.M. Salim & Dato' Zainal Abidin)
  5. Amelina - Seroja (Search)
  6. Billy Zulkarnain - Back At One (Brian McKnight)
  7. Farawahida - Ayat-Ayat Cinta (Dato' Sri Rossa)
  8. Hetty Sarlene - Korban Cinta (Ziana Zain)
  9. Zamani - (Belum didedahkan)

             

Konsert GV5 yang bersiaran selama lapan minggu, ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria, setiap Ahad, jam 9 malam, dibawakan dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000 bersama trofi, diikuti RM50,000 untuk naib juara.

Pemenang ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing mendapat wang tunai RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 bersama trofi.

Untuk informasi lanjut berkenaan GV5 boleh layari www.gegarvaganza.com.my atau laman Instagram rasmi @gegarvaganzaofficial.




Hakcipta iluminasi.com (2017)