Oleh pada 23 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Muzik Muzik

   

Lapan lagi lagu bakal memberikan saingan pada peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 (SFMM34) minggu ketiga yang dijadualkan berlangsung pada 29 November ini di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Pencalonan minggu ketiga menyaksikan pembabitan beberapa penyanyi berpengalaman, sekaligus memberikan cabaran kepada penyanyi generasi muda atau 'BBNU' (Budak Baru Nak Up).

Keputusan lagu manakah yang bakal tersenarai sebagai finalis pencarian karya terbaik, Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) hanya akan diketahui di hujung program selepas lapan lagu terbabit dipersembahkan. 

Berikut adalah pencalonan lagu untuk minggu ketiga SFMM34:

   

muzik muzik 34 531

Kredit foto: Instagram Muzik Muzik

    

SENARAI LAGU SEPARUH AKHIR MUZIK MUZIK 34 (SFMM34) MINGGU 3 - 29 NOVEMBER 2019

  1. Dinda (Kugiran Masdo)
  2. Bimbang (Marsha)
  3. Tetap Kamu (Amylea x Megat)
  4. Pudar (Indah Ruhaila)
  5. Jutaan Purnama (Datin Alyah)
  6. Peneman (Hazama)
  7. Sumpah (Aina Abdul)
  8. Bangun (Aman RA)

   

Pemarkahan pertandingan ditentukan oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Faizal Uzir (Lok U), Aubrey Suwito, Ajai, Datuk Syafinaz Selamat, Aznul Haidi, Edrie Hashim dan Azmeer selaku ketua juri.

SFMM34 yang dikemudikan Haziq Hussni dan Sherry Alhadad, bersiaran secara langsung di saluran TV3, jam 9 malam, dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, selama tiga minggu berturut-turut iaitu pada 15, 22 dan 29 November.

   

Kredit video: [LIVE] Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 - Minggu 3 | #SFMM34

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)