Oleh pada 16 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 (SFMM34) minggu pertama menyaksikan lagu Drama ciptaan Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir dan Nik Adib diangkat sebagai lagu terbaik dalam persaingan yang berlangsung di Sri Pentas 2, Shah Alam, malam tadi.

   

muzik muzik separuh akhir

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Lagu dipopularkan kumpulan Drama Band itu bagaimanapun belum ditentukan mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) 34.

Antara lain, pusingan pertama SFMM34 turut membariskan lagu Tiada Dirimu dendangan Shila Amzah, #123 (Khai Bahar), Satukan Rasa (Siti Nordiana & Khai Bahar), Bidadari (Ismail Izzani) dan Paku (Ara Johari).

Turut serta, Mencuba daripada Sufian Suhami, Hatiku Milikmu (Siti Nordiana), Aku Yang Bersalah (Usop), Terlalu Memuja (Wany Hasrita) dan Kepuraanmu (Luqman Faiz).

Pertandingan diadili barisan juri profesional terdiri daripada Faizal Uzir (Lok U), Aubrey Suwito, Ajai, Datuk Syafinaz Selamat, Aznul Haidi, Edrie Hashim dan Azmeer selaku ketua juri.

Meredakan ketegangan, pentas dimeriahkan dengan persembahan selingan daripada Ramlah Ram menerusi lagu Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi dan Nora (Hanyalah Satu), selain kedua-dua mereka berpadu suara dalam 'Romancinta'.

Menyusul minggu hadapan, 22 November, separuh akhir kedua Muzik Muzik 34 dengan pertaruhan 11 lagi karya lagu.

   

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 (SFMM34) Minggu Kedua - 22 November 2019

    

1. Anta Permana (Datuk Seri Siti Nurhaliza)

2. Pujaan Hati (Adira)

3. Rampas (Akim & The Majistret)

4. Sumpah (Naim Daniel)

5. Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip)

6. Ku Bersuara (Ernie Zakri)

7. Teguh Setia (Muna Shahirah)

8. Ragaman (Faizal Tahir)

9. Bekas Kekasih (Tomok)

10. Pedih (Sarah Suhairi)

11. Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)

    

anugerah juara lagu 34

siti nordiana khai bahar

muzik muzik 34 6

muzik muzik 2019 7

semi final muzik muzik

semi final muzik muzik 34

keputusan muzik muzik 34 separuh akhir

muzik muzik 34 separuh akhir 733

khai bahar

muzik separuh akhir 408

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Kredit video: [LIVE] Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 - Minggu 1 | #SFMM34

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)