Oleh pada 23 Nov 2019 kategori

separuh akhir muzik muzik 2019 406

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 (SFMM34) minggu kedua di Sri Pentas 2, Shah Alam yang berlangsung malam tadi mengangkat lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel sebagai lagu terbaik, sekaligus menewaskan sepuluh lagu lain.

   

muzik muzik 34 separuh akhir 301

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Kemenangan karya ciptaan sepenuhnya oleh Naim Daniel itu bagaimanapun tidak menjamin tempat ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).

Penentuan finalis AJL34 hanya akan didedahkan pada SFMM34 minggu ketiga, pada 29 November ini, selepas lapan lagi lagu dipersembahkan.

Minggu kedua SFMM34 turut disaingi Anta Permana dendangan Bob Yusof, Pujaan Hati (Adira), Rampas (Akim & The Majistret), Ku Bersuara (Ernie Zakri) dan Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip).

Termasuk Teguh Setia oleh Muna Shahirah, Ragaman (Fairuz Misran), Bekas Kekasih (Tomok), Pedih (Sarah Suhairi) dan Lembah Kesepian (Haqiem Rusli).

Karya yang dipertandingkan di peringkat separuh akhir dinilai oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Faizal Uzir (Lok U), Aubrey Suwito, Ajai, Datuk Syafinaz Selamat, Aznul Haidi, Edrie Hashim dan Azmeer selaku ketua juri.

Segmen selingan persembahan dijayakan oleh penyanyi lagenda, Dato' Hattan menerusi medley Rendang Tak Berbuah dan Kepadamu Kekasih.

Separuh akhir ketiga pada 29 November ini bakal mempertaruhkan lapan lagi lagu.

SFMM34 yang dikemudikan Haziq Hussni dan Sherry Alhadad, bersiaran secara langsung di saluran TV3, jam 9 malam, selama tiga minggu berturut-turut iaitu pada 15, 22 dan 29 November 2019.

   

muzik muzik 2019 separuh akhir 272

muzik muzik separuh akhir 839

muzik muzik 34 871

muzik muzik 2019 614

semi final muzik muzik 2019 684

semi final muzik muzik 34 62

senarai lagu separuh akhir muzik muzik 34

semifinal muzik muzik 34

anugerah juara lagu 34 441

semi final muzik muzik 343

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Kredit video: [LIVE] Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 - Minggu 2 | #SFMM34

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)