Oleh pada 05 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Muzik Muzik 34

   

Sebanyak 30 buah lagu diumumkan terpilih untuk berentap di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 34 (SFMM34).

Lagu-lagu yang tersenarai menyaksikan kebangkitan semula beberapa penyanyi senior, tidak ketinggalan bakat-bakat baharu yang juga dikenali sebagai 'BBNU' (Budak Baru Nak Up).

Antara yang tercalon, termasuk Anta Permana dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ragaman (Faizal Tahir), Sumpah (Naim Daniel), Pujaan Hati (Adira), Satukan Rasa (Siti Nordiana & Khai Bahar), Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip) dan banyak lagi.

Pusingan separuh akhir itu bakal berlangsung selama tiga minggu berturut-turut ‪pada 15, 22 dan 29 November 2019.     

Dikendalikan pasangan hos, Sherry Al-Hadad dan Haziq Hot FM, program ditayangkan secara langsung setiap hari Jumaat, jam 9 malam di saluran TV3.

Kini teka-teka melanda peminat membabitkan lagu manakah yang akan menempatkan diri dalam senarai akhir pertandingan muzik berprestij, Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) yang dijadualkan berlangsung awal tahun hadapan.

Sama-sama kita nantikannya.

Sementara itu, jom semak calon 30 lagu terbabit sebagaimana didedahkan dalam program Muzik Muzik, malam tadi.

   

separuh akhir muzik muzik 2019 162

Kredit foto: Instagram Muzik Muzik 34

   

SENARAI 30 LAGU SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK 34 (2019)

  1. Ragaman - Faizal Tahir
  2. Anta Permana - Datuk Seri Siti Nurhaliza
  3. Pujaan Hati - Adira
  4. Satukan Rasa - Siti Nordiana & Khai Bahar
  5.  #123 - Khai Bahar
  6. Tiada Dirimu - Shila Amzah
  7. Mencuba - Sufian Suhaimi
  8. Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip
  9. Rampas - Akim & The Majistret
  10. Sumpah - Naim Daniel
  11. Ku Bersuara - Ernie Zakri
  12. Hatiku Milikmu - Siti Nordiana
  13. Pedih - Sarah Suhairi
  14. Dinda - Kugiran Masdo
  15. Jutaan Purnama - Datin Alyah
  16. Bekas Kekasih - Tomok
  17. Terlalu Memuja - Wany Hasrita
  18. Peneman - Hazama
  19. Tetap Kamu - Amylea X Megat
  20. Pudar - Indah Ruhaila
  21. Drama - Drama Band
  22. Lembah Kesepian - Haqiem Rusli
  23. Bidadari - Ismail Izzani
  24. Paku - Ara Johari
  25. Kepuraanmu - Luqman Faiz
  26. Aku Yang Bersalah - Usop
  27. Bimbang - Marsha Milan
  28. Teguh Setia - Muna Shahirah
  29. Bangun - Aman RA
  30. Sumpah - Aina Abdul 

   

muzik muzik 2019

separuh akhir muzik muzik 34 427

semi final muzik muzik 34 2019

Kredit foto: Instagram Muzik Muzik 34

   

Kredit video: Muzik - Muzik 34 (2019) | Mon, Nov 4

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)