Oleh pada 30 Dec 2021 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

30 buah lagu berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) bagi edisi 2021 dalam usaha merebut tempat di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-36 (AJL36).

SFMM 36 bakal diadakan selama dua hari pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022.

Seperti edisi lalu, SFMM kali ini masih menyaksikan gabungan nama-nama popular dan terbaik merangkumi para penyanyi daripada generasi 'otai' dan 'BBNU' (Budak Baru Nak Up).

Antara penyanyi berpengalaman yang terlibat termasuklah Datuk Jamal Abdillah, Datuk Awie, Noraniza Idris, Misha Omar, Siti Nordiana dan Shila Amzah.

Manakala penyanyi generasi masa kini pula antaranya terdiri daripada Khai Bahar, Aina Abdul, Iman Troye, Haqiem Rusli, Azzam Sham, Yonnyboii, Noki K Clique dan ramai lagi.

Kepelbagaian genre muzik dilihat menghiasi persaingan yang buat pertama kalinya diadakan selama dua episod ini, berbanding kebiasaannya tiga episod.

Apapun kita nantikan sahaja 12 lagu manakah yang bakal ditapis pihak juri bagi menghangatkan penganjuran AJL36 yang dinantikan ramai.

Berikut adalah senarai 30 lagu yang dipertandingkan di SFMM 36 seperti yang diumumkan penganjur sewaktu rancangan Muzik Muzik 36 di TV3 pada 21, 28 dan 5 Disember lalu.

muzik muzik

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Senarai Penuh Lagu Semi Final Muzik Muzik 36 (SFMM 36) 2021

1. Neraca - Kmy Kmo, Luca Sickta & Datuk Jamal Abdillah

Komposer: Kmy Kmo & Luca Sickta

Penulis lirik: Kmy Kmo & Luca Sickta

2. Nafas Cinta - Khai Bahar & Aina Abdul

Komposer: Khai Bahar & Aina Abdul

Penulis lirik: Aina Abdul & Wan Zakaria

3. Boneka - Ernie Zakri

Komposer: Omar K, Iqie Hugh & Firdaus Rahmat

Penulis lirik: Omar K, Iqie Hugh & Firdaus Rahmat

4. Teman - Iman Troye

Komposer: Ezra Kong & A. Ramlee

Penulis lirik: Ezra Kong & A. Ramlee

5. Intan Payung - Noraniza Idris & Bunga

Komposer: Luca Sickta, Bunga & Amzar Razqa

Penulis lirik: Bunga & Siqma

6. Angkara - Siti Nordiana

Komposer: Sharon Paul

Penulis lirik: Fedtri Yahya & Nana Alias

7. Lara - Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli

Komposer: Hael Husaini & Mfmf

Penulis lirik: Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli

8. Bujang - Hael Husaini

Komposer: Hael Husaini / Mfmf

Penulis lirik: Hael Husaini / Mfmf

9. Cinta Jangan Pergi - Azzam Sham

Komposer: Asfan Shah

Penulis lirik: Asfan Shah & Fedtri Yahya

10. Mimpi - Haqiem Rusli

Komposer: Haqiem Rusli & Datuk A.Aida

Penulis lirik: Haqiem Rusli & Datuk A.Aida

11. Penat - Andi Bernadee

Komposer: Nuriman, Andi Bernadee, Efry Arwis

Penulis lirik: Nuriman

12. Purnama - Naim Daniel

Komposer: Amzar Razqa & Naim Daniel

Penulis lirik: Amzar Razqa

13. Rindu Separuh Nyawa - Naqiu & Vanessa

Komposer: Naqiu, Wit & Mohsen

Penulis lirik: Siti Rosmizah

14. Coretan Pilu - Datuk Awie

Komposer: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh

Penulis lirik: Ikhwan Fatanna & Fedtri Yahya

15. Chikadun - Floor 88

Komposer: Zai Hamzah

Penulis lirik: Achoi Floor 88

16. Salahku - Yonnyboii

Komposer: Yonnyboii

Penulis lirik: Yonnyboii

17. Sepi - Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul

Penulis lirik: Aina Abdul & Wan Zakaria

18. Durja - Khai Bahar

Komposer: Iqie Hugh, Omar K & Khai Bahar

Penulis lirik: Iqie Hugh,Omar K & Khai Bahar

19. Tanpa Rela - Misha Omar

Komposer: Misha Omar & Sze Wan

Penulis lirik: Misha Omar, Slen Fadzil & Zul Husni

20. Karma - Kaka Azraff & Jaz Hayat

Komposer: Farouk Roman

Penulis lirik: Aishah Retno

21. Pelukan Angkasa - Sog X Shila Amzah

Komposer: Raja Nazrin Shah

Penulis lirik: Fazleena Hishamuddin

22. Goodbye Hello - Syamel & Ernie Zakri

Komposer: Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir & Mike Chan

Penulis lirik: Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir & Mike Chan

23. Aewo - Shiha Zikir Ft Noki

Komposer: Ezra Kong

Penulis lirik: Ezra Kong & Noki

24. Adlina Marie - Haqiem Rusli

Komposer: Haqiem Rusli, Ibnu & Ezra Kong

Penulis lirik: Haqiem Rusli, Ibnu & Ezra Kong

25. Tetap Aku Cinta - Ara Johari

Komposer: Amy Bong, Nahruf & Mfmf

Penulis lirik: Amy Bong & Ara Johari

26. Cinta Khayalan - Wany Hasrita

Komposer: Berlin

Penulis lirik: Tokyo Angkasa

27. Lautan Asmara - Kugiran Masdo

Komposer: Ali Sariah

Penulis lirik: Ali Sariah

28. Lenyap - Usop

Komposer: A’A, Romal, Karim Karam & Mike Chan

Penulis lirik: A’A, Romal, Karim Karam & Mike Chan

29. Cinta - Marsha Milan

Komposer: Bunga Cantik & Hang Nadim

Penulis lirik: Hang Nadim

30. Bagaimana - Muna Shahirah & Zack Zakwan

Komposer: Gouffran & Sang Hitam

Penulis lirik: Gouffran & Sang Hitam

Baca: Keputusan Juara, Pemenang Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) 2021 / 2022

Baca: Info Penuh Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) 2021 / 2022

Baca: Keputusan Senarai 12 Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu 36 2021 / 2022

Info Muzik-Muzik 36

1. Sebuah rancangan hiburan mingguan di saluran TV3 yang menampilkan carta lagu hasil karya komposer dan penulis lirik Malaysia.

2. Bersiaran pada setiap hari Ahad, pukul 11:30 pagi.

3. Rancangan ini memberikan mandat kepada para peminat untuk mengundi lagu-lagu yang menjadi pilihan mereka bagi meraih tempat di Carta Muzik-Muzik.

4. Lagu-lagu yang dicalonkan dan berada di kedudukan teratas Carta Mingguan Muzik-Muzik berpeluang untuk tersenarai di Muzik-Muzik Separuh Akhir dalam usaha menempah tiket sebagai finalis Anugerah Juara Lagu, hasil daripada penilaian juri profesional yang dilantik.

separuh akhir muzik muzik 602

separuh akhir muzik muzik 36

semi final muzik muzik 36

semi final muzik muzik 689

muzik muzik separuh akhir 2021

semifinal muzik muzik 36

separuh akhir muzik muzik 2021

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia , Instagram Muzik Muzik 36

   

Kredit video: [LIVE] Muzik Muzik 36 Separuh Akhir Bahagian 1

Kredit video: [LIVE] Separuh Akhir Muzik Muzik 36 Bahagian 2




Hakcipta iluminasi.com (2017)