Oleh pada 30 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

    

Sumpah nyanyian Naim Daniel dan Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip) antara yang berjaya menempatkan diri di pertandingan berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34.

Turut serta, Drama dendangan Drama Band, Ku Bersuara (Ernie Zakri), Anta Permana (Bob Yusof), Bangun (Aman RA) dan Ragaman (Fairuz Misran).

Tidak ketinggalan, Rampas oleh Akim & The Majistret, Dinda (Kugiran Masdo), Peneman (Hazama), Lembah Kesepian (Haqiem Rusli) dan Sumpah (Aina Abdul).

Kesemua senarai 12 lagu itu didedahkan sejurus persaingan separuh akhir Muzik Muzik 34 (SFMM34) minggu ketiga berakhir di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi.

Lapan lagu yang bertanding di SFMM34 minggu ketiga, ialah Dinda persembahan Kugiran Masdo, Bimbang (Marsha), Tetap Kamu (Amylea x Megat), Pudar (Indah Ruhaila), Jutaan Purnama (Datin Alyah), Peneman (Hazama), Sumpah (Aina Abdul) dan Bangun (Aman RA).

Dalam pada itu, kumpulan Shades mengisi segmen persembahan dengan menyampaikan dua lagu, Jangan Diucap Selamat Tinggal dan Malam.

Terdahulu, Drama nyanyian Drama Band dan Sumpah (Naim Daniel) diangkat sebagai Lagu Terbaik untuk minggu pertama dan kedua SFMM34.

Kesemua 30 lagu hasil undian peminat menerusi carta Muzik Muzik 34 beradu nasib di SFMM34 pada 15, 22 dan 29 November.

Penentuan keputusan dilakukan oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Faizal Uzir (Lok U), Aubrey Suwito, Ajai, Datuk Syafinaz Selamat, Aznul Haidi, Edrie Hashim dan Azmeer selaku ketua juri.

SFMM34 yang ke udara secara langsung di TV3 menampilkan gandingan hos, Sherry Al Hadad dan Haziq Hussni.

    

SENARAI FINALIS ANUGERAH JUARA LAGU 34 (AJL34)

  1. Drama - Drama Band
  2. Sumpah - Naim Daniel
  3. Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip
  4. Ku Bersuara - Ernie Zakri
  5. Anta Permana - Bob Yusof
  6. Bangun - Aman RA
  7. Ragaman - Fairuz Misran
  8. Rampas - Akim & The Majistret
  9. Dinda - Kugiran Masdo
  10. Peneman - Hazama
  11. Lembah Kesepian - Haqiem Rusli
  12. Sumpah - Aina Abdul

   

muzik muzik 2019 164

muzik muzik 34 752

muzik muzik separuh akhir 460

separuh akhir muzik muzik 34 292

separuh akhir muzik muzik 2019 351

semi final muzik muzik 34 935

muzik muzik 34 separuh akhir 184

senarai lagu ajl 34

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Kredit video: [LIVE] Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 - Minggu 3 | #SFMM34

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)