Oleh pada 19 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Muzik Muzik

   

Peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 (SFMM34) bakal diteruskan untuk minggu yang kedua pada 22 November ini.

Sebelas lagi karya lagu akan berentap untuk menempatkan diri dalam senarai akhir Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) yang dijadualkan berlangsung pada awal tahun hadapan.

Persaingan minggu kedua menyaksikan pertembungan antara penyanyi berpengalaman dan bakat baharu atau 'BBNU'.

Berikut senarai lagu yang tercalon:

   

muzik muzik 34 684

Kredit foto: Instagram Muzik Muzik

   

SENARAI LAGU SEPARUH AKHIR MUZIK MUZIK 34 (SFMM34) MINGGU 2 - 22 NOVEMBER 2019

  1. Anta Permana (Datuk Seri Siti Nurhaliza) 
  2. Pujaan Hati (Adira)
  3. Rampas (Akim & The Majistret)
  4. Sumpah (Naim Daniel)
  5. Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip)
  6. Ku Bersuara (Ernie Zakri)
  7. Teguh Setia (Muna Shahirah)
  8. Ragaman (Faizal Tahir)
  9. Bekas Kekasih (Tomok)
  10. Pedih (Sarah Suhairi)
  11. Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)

   

Karya yang dipertandingkan bakal diadili barisan juri profesional yang terdiri daripada Faizal Uzir (Lok U), Aubrey Suwito, Ajai, Datuk Syafinaz Selamat, Aznul Haidi, Edrie Hashim dan Azmeer selaku ketua juri.

Keputusan lagu yang layak ke AJL34 bagaimanapun hanya akan diumumkan pada minggu ketiga pertandingan.

Dihoskan oleh Haziq Hussni dan Sherry Alhadad, pentas SFMM34 bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam selama tiga minggu berturut-turut iaitu pada 15, 22 dan 29 November 2019, jam 9 malam di TV3.

   

Kredit video: [LIVE] Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 - Minggu 2 | #SFMM34

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)