Oleh pada 30 Nov 2019 kategori

anugerah juara lagu 409

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

    

Senarai 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) diumumkan pada penghujung program separuh akhir minggu ketiga, Muzik Muzik 34 (SFMM34) yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, sebentar tadi.

Pertandingan yang memberikan pengiktirafan kepada komposer dan penulis lirik itu menyaksikan gandingan artis baharu dan lama mendominasi penganjuran edisi kali ini.

Barisan artis yang terlibat terdiri daripada Naim Daniel, Hafiz Suip, Ernie Zakri, Bob Yusof, Aman RA, Fairuz Misran, Drama Band, Akim & The Majistret, Kugiran Masdo, Hazama, Haqiem Rusli dan Aina Abdul.

Sementara itu, 18 lagi calon yang berentap di SFMM34 terpaksa melupakan impian untuk mara ke acara kemuncak anugerah yang ditunggu ramai itu.

Lagu-lagu yang gagal adalah Satukan Rasa nyanyian Siti Nordiana dan Khai Bahar, Tiada Dirimu (Shila Amzah), Mencuba (Sufian Suhami), 123 (Khai Bahar), Terlalu Memuja (Wany Hasrita), Hatiku Milikmu (Siti Nordiana), Bidadari (Ismail Izzani), Paku (Ara Johari) dan Aku Yang Bersalah (Usop).

Termasuk Kepuraanmu (Luqman Faiz), Pujaan Hati (Adira), Teguh Setia (Muna Shahirah), Pedih (Sarah Suhairi), Bekas Kekasih (Tomok), Bimbang (Marsha), Tetap Kamu (Amylea x Megat), Pudar (Indah Ruhaila) dan Jutaan Purnama (Datin Alyah).

Berikut senarai penuh finalis Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34):

   

anugerah juara lagu 34 952

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

    

SENARAI LAGU FINALIS ANUGERAH JUARA LAGU 34 (AJL34)

   

1. Drama - Drama Band 

Komposer: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib

Lirik: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib

   

2. Sumpah - Naim Daniel

Komposer: Naim Daniel, Omar K

Lirik: Naim Daniel

  

3. Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip

Komposer: Ikhwan Fatanna, Ayden Ali

Lirik: Datuk A Aida

   

4. Ku Bersuara - Ernie Zakri

Komposer: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham

Lirik: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham

   

5. Anta Permana - Bob Yusof

Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong

Lirik: Hael Husaini, Ezra Kong

  

6. Bangun - Aman RA

Komposer: Navigator

Lirik: Aman RA

  

7. Ragaman - Fairuz Misran

Komposer: Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo

Lirik: Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam, Mike Chan

   

8. Rampas - Akim & The Majistret

Komposer: Hang Nadim, Laq

Lirik: Bunga Cantik

   

9. Dinda - Kugiran Masdo

Komposer: Ali Sariah

Lirik: Ali Sariah

   

10. Peneman - Hazama

Komposer: Tam

Lirik: Tam

   

11. Lembah Kesepian - Haqiem Rusli

Komposer: Haqiem Rusli

Lirik: Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran

   

12. Sumpah - Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul

Lirik: Aina Abdul

    

juara lagu 2019 119

juara lagu 2020

anugerah juara lagu 2019

senarai lagu ajl34

senarai lagu ajl 2019

ajl34

muzik muzik semi final 2019

ajl 2020

fairuz misran

muzik muzik 2019 97

senarai lagu ajl 2020 800

muzik muzik 34 238

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Kredit video: [LIVE] Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 - Minggu 3 | #SFMM34

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)