Oleh pada 24 Oct 2018 kategori

Kredit foto: Instagram @tv3malaysia

Saingan peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 33 (SFMM33) bakal membariskan 30 pencalonan lagu bagi merebut 12 tempat di Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33).

Menurut Penerbit Eksekutif Muzik-Muzik 33, Nurul Huda Khalid, SFMM33 kali ini akan menyaksikan pertarungan penyanyi-penyanyi terkemuka masa kini.

"Sokongan terhadap para pemuzik tidak akan pernah terhenti dan kehadiran mereka perlu dihargai demi memeriahkan industri muzik.

"Kami rasa wajar terus memberikan pengiktirafan kepada mereka yang telah bertungkus lumus, khususnya pencipta lagu dan penulis lirik.

"Tahun ini kita akan saksikan persaingan sengit barisan penyanyi tanah air," katanya kepada Mstar Online sewaktu sidang media finalis Muzik-Muzik 33 Separuh Akhir yang berlangsung di The International Gallery At Alya, Bukit Kiara, di ibu kota, semalam.

SFMM33 yang diacarakan Sherry Al-Hadad dan Haziq Hot FM menampilkan persembahan 11 buah karya lagu setiap minggu (kecuali minggu akhir, hanya lapan) selama tiga minggu berturut-turut iaitu pada 9, 16 dan ‪23 November ini.

Bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, setiap Jumaat, jam 9 malam.

Tiket boleh didapati di kaunter Polis Bantuan Sri Pentas ‪2, Plaza Alam Sentral Shah Alam‬ pada setiap hari Selasa iaitu 6, 13 dan ‪20 November‬ ini, seawal jam 11 pagi.

Berikut senarai lagu-lagu yang bertanding:


senarai 30 lagu separuh akhir muzik muzik 33 2

Kredit foto: Instagram @tv3malaysia

                

9 November 2018

1. Sufian Suhaimi - Di Matamu

2. Qody - Dia

3. Ariff Bahran - Kata Akhirmu

4. Kugiran Masdo - Bercanda di Malam Indah

5. Aliff Satar - Sesungguhnya Aku

6. Liza Hanim - Mimpi

7. Dewi Seriestha - Seindah Berdua

8. Dayang Nurfaizah - Dia

9. Siti Sarah - Semakin

10. Amylea X Kaer - Tak Pernah Hilang

11. Ben Ladin - Hikayat Ben Ladin

                

16 November 2018

1. Altimet - Bunga

2. Khai Bahar - Luluh

3. Khai Bahar & Fatin Husna - Rahsia Kita

4. Akim & The Majistret - Stereotype

5. Aman Aziz - Sulit

6. Ara Johari - Bunga

7. Shiha Zikir - Jagakan Dia

8. Hael Husaini & Dayang - Haram

9. Ismail Izzani - Demi Kita

10. Stacy - Cakap Ke Tangan

11. Syamel - Kau Pun Sama

                 

23 November 2018

1. Haqiem Rusli - Selamat Tinggal Sayang

2. Haqiem Rusli ft Amanra - Jatuh Bangun

3. Hael Husaini - Hajat

4. Dayang Nurfaizah - Layarlah Kembali

5. Siti Nordiana & Jaclyn Victor - Nisan Cinta

6. Wany Hasrita - Rintihan Rindu

7. One Avenue Band - Kisah Antara Kita

8. Misha Omar- Sampai Bila




Hakcipta iluminasi.com (2017)