Oleh pada 19 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Vivo Malaysia

Konsert Big Stage minggu ini sudah berada di minggu ketiga dan bakal membawakan tema "Cover Sama-Sama Up".

Sembilan penyanyi yang tinggal berpeluang mempertaruhkan beberapa lagu popular untuk memenangi hati juri.

Mereka adalah Sissy Imann, Baby Shima, Shafiq Farhain, Afieq Shazwan, Tajul, Wani Kayrie, Sarah Suhairi, Andi Bernadee dan Ariff Bahran.

Sementara itu, senarai penyanyi undangan yang dijemput berduet dengan para peserta ialah Hael Husaini, Haqiem Rusli, Ara, Wany Hasrita, Ismail Izzani, Indah, Ayda Jebat, Shiha Zikir dan Zizi Kirana.

Siapakah yang bakal menduduki kerusi juri jemputan selepas kehadiran Tomok pada minggu lalu?

Dan persoalan yang lebih besar, peserta manakah yang akan disingkirkan minggu ini selepas nasib yang tidak menyebelahi penyanyi Fara Hazel pada konsert lalu? Sama-sama kita nantikan.

Berikut kami kongsikan senarai lagu yang bakal dinyanyikan para peserta bersama artis gandingan mereka:

senarai lagu dan live streaming konsert big stage minggu ketiga 2

Kredit foto: Astro Gempak

Sissy Imann + Ara

• Drama (Ning Baizura, Nikki & Yanie)

Afieq Shazwan + Haqiem Rusli

• Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli)

Tajul + Wany Hasrita

• Rahsia Kita (Khai Bahar & Fatin Husna)

Wani Kayrie + Hael

• Sampai Bila (Misha Omar)

Sarah Suhairi + Ismail Izzani

• You Are The Reason (Calum Scott)

Andi Bernadee + Indah

• Tak Pernah Hilang (Amylea & Kaer)

Ariff Bahran + Ayda Jebat

• Marry You (Bruno Mars)

Baby Shima + Zizi Kirana

• Makhluk Tuhan Paling Seksi (Mulan Jameela)

Shafiq Farhain + Shiha Zikir

• Laksamana Raja Di Laut (Iyeth Bustami)

Konsert Big Stage ditayangkan secara langsung setiap Ahad (malam ini), jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Secara alternatif, anda boleh menonton 'live streaming' program ini menerusi laman Youtube rasmi Astro Gempak atau link video tersebut yang kami sediakan di bawah. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)