Oleh pada 16 Sep 2018 kategori

Kredit foto: Instagram @vivomalaysia

Konsert 'Road To Final' Big Stage bakal menyaksikan para peserta beradu nasib untuk menempatkan diri ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Membawakan dua tugasan lagu, enam bintang yang bakal berentap ialah Baby Shima, Syafiq Farhain, Wani Kayrie, Ariff Bahran, Sarah Suhairi dan Afieq Shazwan.

Iluminasi menyenaraikan lagu tugasan mereka untuk minggu ketujuh:

live streaming dan senarai lagu konsert big stage minggu ketujuh 2

Kredit foto: Astro Gempak

Lagu Solo

  1. Baby Shima - Hajat (Hael Husaini)
  2. Wani Kayrie - Crazy In Love (Beyonce)
  3. Sarah Suhairi - Hey Ladies (Rossa)
  4. Syafiq Farhain - Kau Lupa Janji (Jamal Abdillah)
  5. Ariff Bahran - Gerhana (Kembara)
  6. Afieq Shazwan - Melompat Lebih Tinggi (Sheila On 7)

Lagu Duet

  1. Afieq Shazwan & Siti Nordiana - Muara Hati (Siti Nurhaliza & Hafiz)
  2. Syafiq Farhain & Hazama - Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay)
  3. Wani Kayrie & Siti Sarah - Nisan Cinta (Siti Nordiana & Jaclyn Victor)
  4. Baby Shima & Haiza - Ku Mahu (Siti Nurhaliza)
  5. Ariff Bahran & Aepul Roza - Mama Papa Larang (Judika)
  6. Sarah Suhairi & Syamel - Perjalananku (Jamal Abdillah)

Konsert Big Stage dihoskan pasangan Alif Satar dan Sherry Alhadad, diadili dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir, bersama seorang juri undangan setiap minggu.

Diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan dipancarkan secara langsung di saluran Astro Ria, setiap Ahad, jam 9 malam.

Menerusi atas talian, pelayar boleh mengikuti rancangan ini dalam bentuk 'live streaming' di Youtube Astro Gempak atau link video tersebut yang kami sediakan di bawah.

                                  

*Siaran bermula jam 8.30 malam, 16 September 2018 (Ahad)




Hakcipta iluminasi.com (2017)