Oleh pada 02 Sep 2018 kategori

Kredit foto: Instagram @vivomalaysia

Konsert kelima Big Stage bakal menyaksikan kekuatan vokal 7 bintang berentap dalam menyampaikan lagu-lagu popular masa kini.

Bertemakan 'Hot List Digital', mereka yang beradu nasib adalah Ariff Bahran, Afieq Syazwan, Syafiq Farhain, Tajul, Baby Shima, Sarah Suhairi dan Wani Kayrie.

Para peserta diadili oleh dua juri tetap, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir, bersama seorang juri undangan setiap minggu.

Iluminasi menyenaraikan lagu pertaruhan mereka untuk minggu kelima:

live streaming dan senarai lagu konsert big stage minggu kelima 2

Kredit foto: Youtube Astro Gempak                  

  1. Ariff Bahran - Bukti (Virgoun)
  2. Sarah Suhairi - Sesungguhnya Aku (Alif Satar)
  3. Tajul - Sulit (Aman Aziz)
  4. Baby Shima - Asal Kau Bahagia (Armada)
  5. Syafiq Farhain - Bunga (Ara)
  6. Wani Kayrie - Luluh (Khai Bahar)
  7. Afieq Shazwan - Lebih Sempurna (Syamel) 

Dihoskan pasangan pengacara, Aliff Satar dan Sherry Al-Hadad, Konsert Big Stage kelima bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria, jam 9 malam ini. 

Secara alternatif, anda boleh menonton secara atas talian menerusi 'live streaming' di laman Youtube rasmi Astro Gempak atau link video tersebut yang kami sediakan di bawah.

                                               

*Siaran bermula jam 8.30 malam, 2 September 2018 (Ahad) 




Hakcipta iluminasi.com (2017)