Oleh pada 21 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Membawa tema "Cover Sama-Sama Up", konsert ketiga Big Stage berlangsung dengan meriah di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.

Para peserta diberi cabaran menyanyikan lagu pilihan bersama artis jemputan masing-masing, iaitu Haqiem Rusli, Hael Husaini, Ara Johari, Wany Hasrita, Indah Ruhaila, Ismail Izzani, Ayda Jebat, Shiha Zikir dan Zizi Kirana.

Penyanyi dan guru vokal Mark Adam pula diundang sebagai juri undangan, di sisi dua juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.

Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi Afieq Syazwan, Andi Bernadee dan Tajul yang berada di kedudukan tiga terendah berdasarkan pemarkahan juri profesional.

Lantas, penyingkiran salah seorang daripada mereka ditentukan menerusi undian aplikasi Tik Tok yang seterusnya meletakkan Andi di tangga tercorot sekaligus terpaksa meninggalkan pertandingan.

Di bawah kami kongsikan kedudukan penuh para peserta berdasarkan undian Tik Tok orang ramai sejurus talian undian ditutup dalam konsert tersebut.

inilah kedudukan penuh undian tik tok konsert ketiga big stage 2

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

1. Tajul 13.84%

2. Sarah Suhairi 12.90%

3. Afieq Shazwan 12.29%

4. Syafiq Farhain 11.97%

5. Baby Shima 11.51%

6. Ariff Bahran 11.05%

7. Wani Kayrie 10.25%

8. Andi Bernadee 9.59%

9. Sissy Imann 6.61% 

Sumber kedudukan undian: Youtube Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)