Oleh pada 17 Aug 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @vivo_malaysia

    

Konsert pertama Big Stage yang bertemakan ‘Million Views’ bakal menampilkan kemunculan sulung 12 peserta yang turut membabitkan penyanyi dari Thailand, Indonesia, Brunei dan Korea Selatan.

Peserta lelaki tempatan yang terlibat ialah Santesh, Irfan Haris, Adzrin dan Kucaimars, termasuk penyanyi Brunei, Aziz Harun dan bintang dari Korea, Han Byul.

Manakala barisan peserta perempuan terdiri daripada Neeta Manisha, Sheryl Shazwani, Syada Amzah dan Fieya Julia, selain peserta dari Thailand iaitu Chaleeda dan penyanyi Indonesia, Dinda Permata.

Untuk konsert pertama pada malam Ahad ini, mereka bakal diadili dua juri tetap iaitu penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Chakra Khan, bersama juri undangan mingguan, Mark Adam.

Cabaran tugasan menuntut para peserta untuk menyanyikan semula lagu single atau lagu ‘cover’ yang telah menaikkan nama mereka di media sosial dengan jumlah tontonan mencecah angka jutaan.

Berikut merupakan lagu tugasan bintang Big Stage 2019 yang bakal menjadi pertaruhan mereka di konsert minggu pertama.

    

senarai lagu konsert big stage 2019 minggu 1

Kredit foto: Astro

    

  1. Santesh - Amalina
  2. Syada Amzah - Dinda (Kugiran Masdo)
  3. Irfan Haris - Redha
  4. Chaleeda - Pretty Boy
  5. Adzrin - Bukan Yang Terbaik
  6. Fieya Julia - Perasaanku
  7. Aziz Harun - Jauh
  8. Dinda Permata - Tak Sanggup Lagi
  9. Kucaimars - Mimpi Yang Sempurna (Peterpan)
  10. Sheryl Shazwanie - Perasaan
  11. Han Byul - Shooting Star
  12. Neeta - Sakit

    

Konsert Big Stage 2019 (musim kedua) minggu pertama yang diacarakan pasangan hos, Alif Satar dan Sherry Al Hadad, bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 18 Ogos 2019, jam 9 malam, siaran secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Menerusi platform digital boleh diikuti di laman sesawang www.gempak.com/Bigstage atau laman Youtube Astro Gempak.

    

Kredit video: Youtube Astro Gempak

    

Sumber:

1. Sensasi Selebriti

2. Astro

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)