Oleh pada 26 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram @vivomalaysia

Malam ini bakal berlangsungnya konsert minggu keempat Big Stage musim pertama.

Membawa tema ‘Cover Tapi Bukan Aku’, lapan bintang bakal berentap dengan pertaruhan lagu pilihan masing-masing.

Mereka ialah Tajul, Syafiq Farhain, Afieq Shazwan, Ariff Bahran, Baby Shima, Sissy Imann, Sarah Suhairi dan Wani Kayrie.

Persaingan dijangkakan bertambah hangat kerana peserta dicabar untuk menyanyikan lagu di luar lingkungan zon selesa masing-masing.

Iluminasi menyenaraikan lagu-lagu yang bakal didendangkan mereka pada malam ini.

live streaming dan senarai lagu konsert big stage minggu keempat 2

Kredit foto: Instagram Wani Kayrie

  1. Tajul - Amboi (Altimet)
  2. Sissy Imann - Senggol Senggolan Cubit Cubitan (Mas Idayu)
  3. Syafiq Farhain - Sway (Michael Buble)
  4. Baby Shima - Mawar Putih Tanda Perpisahan (Jamilul Hayat)
  5. Afieq Shazwan - Treasure (Bruno Mars)
  6. Sarah Suhairi - DDU-DU DDU-DU (Black Pink)
  7. Wani Kayrie - Sayang (Via Vallen)
  8. Ariff Bahran - Deen Assalam (Sulaeman Al Mughny)

Konsert Big Stage minggu keempat bakal ke udara dari Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria, setiap Ahad, jam 9 malam.

Secara alternatif, anda juga boleh menonton secara atas talian menerusi 'live streaming' di laman Youtube rasmi Astro Gempak atau link video tersebut yang kami sediakan di bawah.

*Siaran bermula jam 8.30 malam, 26 Ogos 2018 (Ahad)




Hakcipta iluminasi.com (2017)