Oleh pada 17 Sep 2018 kategori

Kredit foto: Astro Gempak

Perjuangan Ariff Bahran terhenti setakat minggu ketujuh konsert Big Stage apabila diumumkan tersingkir, sekaligus menggagalkan percubaannya untuk menempatkan diri di peringkat akhir yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Meskipun di kedudukan kedua terendah mengikut markah juri bersama dua lagi peserta 'bottom 3' iaitu Baby Shima dan Sarah Suhairi, namun Ariff dianggap tercorot kerana format penilaian pertandingan yang turut dipengaruhi oleh keputusan undian aplikasi Tik Tok.

Ariff, 20, yang mempertaruhkan dua buah lagu iaitu Gerhana (kumpulan Kembara) dan Mama Papa Larang (Judika) duet bersama Aepul Drama Band, memperoleh markah keseluruhan sebanyak 84.08 peratus daripada dua juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir bersama juri undangan, penyanyi Indonesia, Tulus.

Sehubungan itu, lima lagi bintang secara automatik layak ke pusingan akhir iaitu Syafiq Farhain, Baby Shima, Wani Kayrie, Sarah Suhairi dan Afieq Syazwan.

Big Stage dihoskan pasangan pengacara Alif Satar dan Sherry Alhadad, disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria, setiap Ahad, jam 9 malam dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Berikut kami kongsikan kedudukan peserta mengikut markah juri dan undian aplikasi Tik Tok untuk minggu ketujuh: separuh akhir.

MARKAH JURI PROFESIONAL

  1. Syafiq Farhain - 89.50%
  2. Wani Kayrie - 87.08%
  3. Afieq Shazwan - 84.83%
  4. Sarah Suhairi - 84.67%
  5. Ariff Bahran - 84.08%
  6. Baby Shima - 73.42%

carta kedudukan peserta konsert ketujuh big stage 2018 2

Kredit foto: Youtube Astro Gempak

UNDIAN TIK TOK

  1. Sarah Suhairi - 19.30%
  2. Syafiq Farhain - 18.15%
  3. Afieq Shazwan - 17.34%
  4. Baby Shima - 16.62%
  5. Ariff Bahran - 15.19%
  6. Wani Kayrie - 13.40%



Hakcipta iluminasi.com (2017)