Oleh pada 26 Aug 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Para peserta program realiti Big Stage 2019 bakal dicabar dalam tema 'Glocal Hits' di minggu ketiga.

Pentas pertandingan terus dihangatkan dengan persaingan sengit 11 bintang yang masih kekal dalam mempertahankan kedudukan masing-masing.

Mereka terdiri daripada enam peserta lelaki; Adzrin, Aziz Harun, Han-Byul, Irfan Haris, Kucaimars, Santesh dan lima bintang wanita; Chaleeda, Dinda Permata, Fieya Julia, Neeta dan Syada Amzah.

Masih mengekalkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai juri tetap bersama penyanyi Indonesia, Cakra Khan dan seorang lagi juri undangan mingguan yang akan diumumkan pada malam konsert.

Episod konsert terbaharu ini juga barangkali bakal menyaksikan seorang lagi peserta meninggalkan pentas menerusi segmen penyingkiran.

Berikut senarai lagu tugasan konsert minggu ketiga yang bakal berlangsung Ahad ini.

    

senarai lagu konsert big stage 2019 minggu ketiga

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

SENARAI LAGU TUGASAN KONSERT KETIGA BIG STAGE MUSIM 2 (2019)

  1. Kucaimars - Kemarin (Seventeen)
  2. Neeta - Ku Bersuara (Ernie Zakri)
  3. Santesh - Di Matamu (Sufian Suhaimi)
  4. Dinda Permata - Terlalu Memuja (Wany Hasrita)
  5. Irfan Haris - Dia (Anji)
  6. Syada Amzah - Pulang (Insomniacks)
  7. Han Byul - I'll Never Love Again (Lady Gaga)
  8. Fieya Julia - Pudar (Indah Ruhaila)
  9. Adzrin - Cinta Luar Biasa (Andmesh)
  10. Chaleeda - Buat Selamanya (Alif)
  11. Aziz Harun - Beautiful (Bazzi ft Camila Cabello)

    

Konsert Big Stage musim kedua dihoskan pasangan pengacara, Alif Satar dan Sherry Alhadad, berlangsung setiap Ahad, jam 9 malam di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan dibawakan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Boleh diikuti secara atas talian di laman sesawang rasmi Big Stage atau Youtube Astro Gempak.

    

Kredit video: Youtube Astro Gempak

    

Sumber berita: [LIVE] Big Stage 2019 Live + (Minggu 2)

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)