Oleh pada 09 Sep 2018 kategori

Kredit foto: rojakdaily.com

Malam ini bakal berlangsungnya konsert Big Stage minggu keenam.

Membawakan lagu-lagu pilihan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, enam peserta yang akan membuat persembahan adalah Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Syafiq Farhain, Wani Kayrie dan Baby Shima.

Minggu lalu telah menyaksikan penyingkiran penyanyi Tajul daripada persaingan, seterusnya mengundang tanda tanya bintang manakah yang akan menjadi mangsa seterusnya.

Iluminasi menyenaraikan lagu-lagu tugasan mereka pada malam ini:

live streaming dan senarai lagu konsert bug stage minggu keenam 2

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  1. Afieq Shazwan - Jadi Aku Sebentar Saja (Judika)
  2. Ariff Bahran - Kisah Antara Kita (One Avenue Band)
  3. Wani Kayrie - Getaran Cinta Di Jiwa (Liza Hanim)
  4. Syafiq Farhain - Mencari Cinta Sejati (Cakra Khan)
  5. Baby Shima - Semakin (Siti Sarah)
  6. Sarah Suhairi - Sesal Separuh Nyawa (Alyah)

Manakala pusingan 'battle' menampilkan barisan peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu:

  1. Sarah Suhairi vs Ariff Bahran
  2. Syafiq Farhain vs Baby Shima 
  3. Afieq Shazwan vs Wani Kayrie

Dihoskan gandingan pengacara Aliff Satar dan Sherry Al-Hadad, konsert Big Stage diadili dua juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir bersama seorang juri undangan setiap minggu.

Berlangsung di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, program realiti ini turut ke udara secara langsung di saluran Astro Ria, setiap Ahad, jam 9 malam.

Boleh juga ditonton secara 'live streaming' di laman Youtube rasmi Astro Gempak atau link video tersebut yang kami sediakan di bawah.

                                

*Siaran bermula jam 8.30 malam, 9 September 2018 (Ahad)




Hakcipta iluminasi.com (2017)