Oleh pada 27 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Konsert minggu keempat Big Stage menamatkan perjuangan penyanyi Sissy Imann, sekaligus bergelar bintang ketiga tersingkir.

Ia sekaligus memberi ruang kepada tujuh peserta yang lain untuk meneruskan persaingan. Mereka ialah Sarah Suhairi, Baby Shima, Arif Bahran, Tajul, Wani Kayrie, Afieq Syazwan dab Shafiq Farhain.

Menerusi tema 'Cover Tapi Bukan Aku', lapan bintang Big Stage menyahut cabaran menyanyikan genre lagu di luar zon selesa masing-masing,

Kesemua bintang diadili dua juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir, bersama juri undangan, Mas Idayu.

Pemarkahan juri profesional meletakkan Ariff Bahran, Tajul dan Sissy Imann di kedudukan tiga terendah, seterusnya salah seorang daripada mereka disingkirkan berdasarkan undian aplikasi Tik Tok oleh penonton di rumah.

Di bawah kami kongsikan kedudukan para peserta mengikut jumlah undian yang diterima selepas talian undian ditutup di hujung konsert.

kedudukan penuh undian tik tok konsert big stage minggu keempat 2

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  1. Sarah Suhairi - 16.12%
  2. Afieq Shazwan - 14.42 %
  3. Syafiq Farhain - 13.86%
  4. Ariff Bahran - 13.27%
  5. Tajul - 12.60%
  6. Baby Shima - 11.78%
  7. Wani Kayrie - 10.91%
  8. Sissy Imann - 7.05%

Sumber kedudukan undian: Youtube Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)