Sekiranya anda tinggal atau bekerja di Kuala Lumpur atau Selangor, anda pasti akan sedar kewujudan kedai Mamak di merata tempat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Setiap deretan kedai, pasti ada sekurang-kurangnya satu kedai Mamak yang membuka perniagaan disitu.

Malah di sesetengah tempat seperti Shah Alam misalnya, anda akan dapati terdapat beberapa buah kedai mamak dalam satu "seksyen" (kawasan) yang sama. Di Seksyen 7 Shah Alam contohnya, terdapat lebih daripada 10 buah kedai mamak yang menjadi tempat lepak para pelajar di situ. Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa ianya sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat Malaysia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

sejarah mamak dan restoran india muslim di malaysia 892

Nasi Kandar Mohamed Raffe. Kredit Gambar Halal Food Blog

Apakah yang menyebabkan kedai Mamak ini mendapat sambutan hangat? Adakalanya kehebatan sesuatu kedai Mamak menyebabkan kedai-kedai berdekatan dengannya terpaksa gulung tikar akibat tidak mampu bersaing dengan kedai Mamak ini.

Pernahkah anda tertanya-tanya, bagaimanakah bisnes perniagaan makanan kedai Mamak ini mula bertapak di Malaysia? Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi sedikit sebanyak kedatangan bisnes kedai Mamak ke Malaysia. 

Migrasi orang India Muslim ke Tanah Melayu

india muslim malaysia

Sejarah mengenai kemasukan India Muslim ke Malaysia ada dimuatkan dalam buku Indian Muslims in Penang: Role and Contributions tulisan Seeni Naina Mohamed yang diterbitkan pada tahun 2001 dan juga buku Yearning to Belong: Malaysia's India Muslims, Portuguese Eurasians, Peranakan Chinese Baweanese tulisan Patrick Pillai.

Menurut sejarah, sebelum tahun 1786, komuniti India Musliam telah membuka peniagaan di kawasan Kuala Kedah. Malah, pada peringkat awal, kawasan Georgetown juga menjadi kawasan tumpuan para peniaga India Muslim untuk menjalankan aktiviti jual beli.

Komuniti India Muslim dikatakan sudah masuk ke Pulau Pinang seawal kurun ke 18 lagi, iaitu lebih awal daripada kedatangan British. Menariknya, komuniti India Muslim ini datang daripada pelbagai etnik dan tidak seperti di India yang mempunyai pelbagai kasta.

bisnes mamak

Disini, mereka dianggap mempunyai taraf kuasa, sosial dan kekayaan yang setaraf walaupun datang daripada etnik yang berlainan. Walau bagaimanapun, komuniti India Muslim ini boleh dikategorikan kepada 2 kelompok utama iaitu Marikar dan Rawther.

Perkataan Marikar berasal daripada perkataan Tamil, "Marakalayer" yang bermaksud penduduk dengan perahu kayu. Mereka digelar Marikar memadangkan mereka ini hidup di kawasan pantai Tamilnadu dimana aktiviti utama mereka adalah perikanan.

Sementara itu, Rawther pula berasal daripada perkataan "Mauther" yang bermaksud golongan yang bertanggungjawab menjaga gajah dan kuda milik tentera diraja. Terdapat juga perbezaan antara kedua kumpulan ini dari segi amalan mazhab Islam. Kumpulan Marikar umumnya mengamalkan mazhab Shafie manakalan manakala Rawther pula berfahaman Hanafi.

Asal-usul kewujudan perkataan "Mamak"

lauk kedai mamak

Perkataan "mamak" ini dikatakan berasal daripada perkataan Tamil yang merujuk kepada pakcik, iaitu "maa-ma". Di Malaysia umumnya, ianya digunakan oleh golongan muda sebagai panggilan kepada orang yang lebih dewasa.

Walaupun perkataan Mamak itu secara umumnya merujuk kepada pakcik dalam bahasa Tambil, dalam konteks kita di Malaysia secara umumnya apabila sesuatu kedai itu digelar "kedai Mamak", ianya bermaksud kedai tersebut adalah kedai milik India Muslim.

Disinilah timbulnya kekeliruan kerana ramai menganggap semua kedai Mamak itu dimiliki oleh orang India Muslim. Bagi orang Muslim, mereka mestilah teliti dalam bab pemilihan makanan bagi memastikan makanan yang dimakan adalah halal. Walaupun tiada larangan khusus tidak dibolehkan makan di kedai makanan milik bukan Islam, status makanan tersebut menjadi syubhah.

kedai mamak

Sekiranya tidak pasti, ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengenalpasti status kedai tersebut. Pertama, anda boleh bertanya sendiri pemilik atau pekerja kedai tersebut sama ada mereka Muslim atau tidak. Jika jawapan yang diberikan meragukan, anda boleh buat pemerhatian sendiri.

Contohnya, adakah pekerja gerai tersebut pergi menunaikan solat Jumaat? Adakah kedai tersebut ditutup dalam tempoh lama sewaktu cuti perayaan agama Hindu? Selain itu, bolehlah bertanya kepada masyarakat atau kedai berdekatan untuk mengetahui status sesuatu kedai tersebut sama ada dimiliki oleh India Muslim atau tidak.

Walau bagaimanapun, panduan ini adalah secara umum sahaja dan ia sama sekali tidak bermaksud untuk mengajar setiap orang Muslim untuk memboikot kedai milik orang bukan Islam sebaliknya hanya memastikan mereka makan makanan yang benar-benar halal sahaja.

Sebab "kehebatan" kedai Mamak

roti canai

Kesedapan sesuatu makanan kebiasaannya menjadi sebab utama pelanggan datang ke sesuatu restoran itu. Tanpa makanan yang sedap, mungkin itulah kali pertama dan terakhir pelanggan tersebut datang ke sesuatu restoran tersebut.

Walaupun kedai Mamak kebanyakannya hanya mengidang makanan yang "biasa-biasa" sahaja, iainya menjadi pilihan kerana biasanya pelayannya lebih responsif dan pantas melayan pelanggan. Tidak seperti di sesetengah kedai lain dimana ada kalanya pelanggan terpaksa menunggu lama sebelum pesanan mereka di ambil.

Satu lagi faktor yang menyebabkan kedai Mamak ini menjadi pilihan adalah kerana lokasinya itu sendiri. Sekiranya anda perasan, majoriti kedai mamak akan memilih untuk membuka kedai mereka di lot hujung (corner lot). Ini membolehkan mereka membuka lebih banyak meja di kawasan luar bangunan yang lebih berangin.

Kebanyakan pelanggan gemarkan suasana ini dan tidak gemar duduk makan di dalam kedai yang biasanya panas dan penuh dengan bau-bauan daripada masakan. Bagi yang merokok pula, duduk di meja luar memberi mereka kebebasan untuk merokok.

Selain itu, kedai Mamak biasanya menjadi pilihan memandangkan ianya biasa ditutup lewat malam dan ada antaranya yang dibuka 24 jam. Kedai mamak juga bijak memasang skrin besar bagi menarik pelanggan datang ke kedainya terutamanya bagi menyaksikan perlawanan bola sepak.

Persoalannya, mengapakah kebanyakan kedai makanan Melayu tidak meniru strategi kedai Mamak ini?

Kredit:

  1. Penang Story
  2. Indian Muslims in Penang: Role and Contributions
  3. Yearning to Belong: Malaysia's India Muslims, Portuguese Eurasians, Peranakan Chinese Baweanese
  4. WikiPedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)