Hidup kita menawarkan kita banyak pilihan untuk kita memilih jalannya sendiri. Bagaimanapun, majoriti kita sudah pastilah akan terikut acuan hidup yang diikuti kebanyakan orang - meningkat dewasa, mula meletakkan karier sebagai keutamaan dalam mencari keselesaan sebelum berpencen dan menghabiskan usia tua.

Pernahkah anda terfikir - adakah itu jalan yang terbaik untuk kita? Tidakkah ada cara atau haluan lain yang berbeza, untuk membolehkan kita menjauhkan diri daripada kebiasaan seterusnya membolehkan kita hidup ibarat pilihan kita sendiri? Sudah tentu ada, namun hidup menongkah arus melawan norma kebanyakan sudah pastilah akan berdepan 1001 dugaan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

penyesalan dalam kehidupan

Berbaloikah untuk kita sekurang-kurangnya cuba memberanikan diri melawan arus? Nampak seperti berbaloi - kerana lima penyesalan paling popular selalu diungkapkan warga tua, memang menasihatkan kita keluar dari zon selesa kita. Berikut adalah lima penyesalan paling kerap direkodkan oleh warga tua, sebagai pedoman untuk anak muda hidup tanpa menyesal dengan bermacam perkara.

1. Menyesal tidak berani ubah hidup

hidup karier atau keluarga

"Saya menyesal saya tidak berani hidup seperti apa yang saya mahu, bukan apa yang orang lain mahu dari saya."

Di antara semua penyesalan yang ada, perkara ini menjadi perkara utama selalu dikatakan sebagai penyesalan nombor satu warga tua. Ini kerana majoriti mereka apabila merenung kembali kehidupan, seringkali merasakan terlalu banyak perkara yang sepatutnya mereka berani mencuba - ditinggalkan demi mengikut norma keluarga dan masyarakat.

2. Terlalu rajin bekerja

majikan tegas kerja kwras

"Saya harap saya meluangkan lebih masa dengan keluarga dan bukan di tempat kerja."

Kebanyakan pesakit lelaki yang menunggu ajal akan mengutarakan penyesalan sama - kerana mereka merasakan terlalu banyak perkara telah mereka terlepas, khasnya waktu-waktu penting berkaitan membesarkan anak-anak serta detik istimewa bersama isteri.

Bagaimanapun diramalkan ekoran perubahan watak wanita yang kini turut sama menyumbang pada ekonomi keluarga, penyesalan sama tidak lagi membelenggu warga tua lelaki malahan warga tua wanita.

3. Banyak memendam rasa

memendam rasa

"Saya berharap agar saya lebih berani menyuarakan apa yang saya rasa."

Mengelakkan diri daripada konflik memang menjadi kaedah utama kita menguruskan isu-isu yang timbul. Bagaimanapun, majoriti antara kita sedaya-upaya mengelakkan perbalahan atau pertembungan, sehinggakan menyebabkan kita gagal merealisasikan sepenuhnya potensi diri kita.

Ramai warga tua merasakan seandainya mereka lebih berani bersuara dan memberikan pandangan, banyak perkara yang mereka simpan dalam hati dapat dirungkai dengan lebih baik - tanpa memberikan kesan besar pada tahap kesihatan mereka.

4. Rindukan kawan-kawan

kepentingan kawan kawan

"Saya menyesal saya tak kekal berhubung dengan kawan-kawan lama."

Kawan-kawan karib yang anda ada sekarang, merekalah yang akan memainkan peranan sebagai pendokong anda dari mula perkenalan sehinggalah dekatnya ajal. Oleh sebab itu, nasihat kebanyakan warga tua adalah untuk kita mengekalkan hubungan dengan rakan-rakan dan jangan sesekali pun terputus pertalian. Cukup dengan bertanyakan khabar agar hubungan itu terus berjalan.

Apabila melangkah dewasa dan berkeluarga, masa untuk kawan memang amat terhad tetapi pastikan agar hubungan itu tidak putus. Ini kerana ketika kita sakit, selain anak isteri - orang lain yang akan menjadi sumber kekuatan kita adalah rakan-rakan yang kita kenal lama, bergelak ketawa. Ramai warga tua sebenarnya sentiasa merindui kawan mereka.

5. Tidak berani tinggalkan zon selesa

terperangkap dalam comfort zone

Di antara semua penyesalan, penyesalan ini lah yang memerlukan keberanian paling besar untuk diubah. Hidup kita menjadi sangat mudah apabila kita sudah berada dalam zon selesa kita, di mana tabiat dan aturan hidup kita sudah dikatakan stabil.

Kebiasaan ini membuatkan kita takut berubah, mencuba sesuatu yang baru dan yang lebih penting, membuatkan kita gerun untuk menukar diri kita - walaupun kita tahu berada di zon selesa sebenarnya bukan sesuatu yang kita mahukan.

Ramai warga tua menyesali mereka takut untuk berani melakukan perubahan, terlalu sedap duduk di satu tahap serupa - sehingga mengabaikan emosi sendiri asalkan hidup terus kekal sama. Terlalu ramai warga tua yang sakit mengakui sesuatu yang di luar kebiasaan atau spontan merupakan perkara yang mereka dambakan - tetapi faktor kesihatan dan kekuatan tubuh badan memaksa mereka kekal dengan perkara sama.

Rujukan

Top five regrets of the dying




Hakcipta iluminasi.com (2017)