Zaman berubah maka gaya hidup juga berubah. Perubahan ini ada kalanya ke arah yang lebih baik dan ada kalanya ke arah negatif.
# Emel dan Surat
Kira-kira 10 tahun dahulu, sekiranya anda mendapat emel, ianya merupakan sesuatu yang menggembirakan memandangkan anda jarang mendapat emel. Pada ketika itu, surat merupakan medium utama untuk menghantar sesuatu mesej secara rasmi.
BESARKAN TEKS A- A+
Dengan perkembangan dunia teknologi, servis emel semakin mendapat tempat memandangkan ianya lebih pantas dan jauh lebih murah. Disebabkan itu juga, ianya telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan spam dengan menghantar emel-emel pengiklanan dan juga scam secara pukal secara rawak. Adalah perkara normal sekiranya anda menggunakan emel dan mempunyai ratusan emel yang tidak dibaca memandangkan kebanyakan daripadanya adalah maklumat biasa atau hanyalah spam ataupun emel langganan (subscription) daripada laman-laman web tertentu.
# Hubungan Guru dan Ibu Bapa
Dulu-dulu, sekiranya seorang pelajar mendapat keputusan peperiksaan yang kurang baik, mereka amat takut untuk memaklumkan keputusan tersebut kepada ibu bapa kerana mereka tahu mereka akan dimarahi.
Namun, dunia sekarang amat berbeza. Banyak ibu bapa yang mula menyalahkan ibu bapa akibat keputusan buruk yang diperolehi anak-anak mereka. Mereka terlalu sibuk dengan pekerjaan sehingga mengabaikan anak-anak dan meletakkan sepenuh tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak kepada para guru. Situasi ini lebih membimbangkan kerana para ibu bapa ini juga lebih mendengar cakap anak-anak mereka berbanding nasihat guru-guru.
# Bersukan
Ketika zaman masih kanak-kanak, setiap petang pastinya ibu bapa akan bising memanggil anak-anak pulang daripada bermain di luar bersama rakan-rakan. Namun, akibat perubahan zaman, anak-anak kini lebih leka bermain permainan dalam telefon bimbit berbanding keluar bersukan di luar.
Maka tidak hairanlah terdapat peningkatan peratusan kanak-kanak yang obes di seluruh dunia. Selalunya ibu bapa yang terpaksa menyuruh anak-anak keluar daripada rumah untuk melakukan aktiviti luar bersama rakan-rakan.