syarikat tayar michelin

Sumber Foto: tyres.cardekho.com

Syarikat Michelin merupakan antara syarikat pengeluar tayar automotif terbesar dunia sebaris dengan syarikat-syarikat lain seperti Goodyear, Continental dan Bridgestone.

Selain tayar, Michelin turut mengeluarkan produk-produk lain seperti peralatan penerbangan dan tayar pengangkutan angkasa.

Inovasi demi inovasi, syarikat Perancis ini akhirnya berjaya mendapat pengiktirafan sebagai pencipta dalam bidang yang diceburi, dan memegang banyak paten penciptaan. Antaranya termasuklah paten tayar bagi kereta api untuk bergerak di landasan.

Walaupun syarikat tersebut cukup terkenal dalam industri pembuatan tayar, Michelin turut dikenali kerana panduan yang mereka keluarkan menjadi rujukan bagi chef-chef dan restoran ternama seluruh dunia.

Setiap tahun, Michelin akan mengeluarkan sebuah panduan (Michelin Guide) bagi tukang masak atau chef seluruh dunia. Mereka yang menghasilkan makanan yang sedap dan berkualiti akan diberi bintang Michelin sebagai pengiktirafan. Mendapatkan 3 bintang Michelin sudah semestinya menjadi impian bagi kebanyakan chef.

gordon ramsay antara penerima 3 bintang michelin

Sumber Foto: indiefilmhustle.com

Terma Michelin Staratau bintang Michelin digunakan dalam penentuan tahap kesedapan makanan serta servis yang baik sama ada di gerai, restoran mahupun hotel.

Nota Menarik: Baru-baru ini sebuah gerai di Singapura telah mendapat pengiktirafan Michelin melalui penganugerahan Michelin Star.

Michelin mempunyai pengalaman lebih dari satu abad dalam bidang ini. Tahun demi tahun sejak penggunaan Michelin Guide dan bintang Michelin, panduan ini menjadi rujukan penting dalam industri makanan.

Bintang Michelin kini menjadi penentuan masa depan restoran, di mana impak dapatnya bintang ini mahupun kehilangannya adalah sangat dirasai.

Pada tahun 2003, seorang chef berbangsa Perancis, Bernard Louiseau menembak dirinya sendiri apabila tersebarnya desas desus penarikan 3 bintang Michelin restoran beliau.

Sejarah Awal Syarikat Michelin

sejarah awal syarikat michelin

Sumber Foto: daylandoes.com

andr jules michelin douard michelin 389

Sumber Foto: michelin.com

Semuanya bermula pada tahun 1889 apabila 2 beradik Andre dan Edouard Michelin membantu seorang penunggang basikal yang muncul di tempat kerja mereka dengan tayar pancit.Pada ketika itu, mereka mengusahakan sebuah kilang getah di Clermont-Ferrand.

Untuk membaiki tayar pada zaman tersebut bukanlah sesuatu yang mudah kerana tayar digamkan terus ke rim. Mencabut tayar dari rim mengambil masa yang lama dan kerja yang sangat leceh.

Proses keseluruhan membaiki tayar tersebut mengambil masa lebih daripada satu hari. Selepas selesai membaiki tayar, tayar tersebut rosak semula selepas digunakan.

Hal ini memberi idea kepada 2 beradik ini untuk menghasilkan tayar yang tidak perlu digamkan ke rim bagi memudahkan proses penyelenggaraan.

Pada tahun 1891, mereka berjaya mencipta tayar tersebut dan membuat paten di bawah Michelin Corporation. Mereka tidak sedar ciptaan mereka itu bakal mengubah pengunaan tayar pengangkutan moden.

Dua beradik ini berharap akan mendapat keuntungan daripada tayar ciptaan mereka. Namun begitu, ketika era 1900-an, jumlah kereta di jalan raya Perancis kurang daripada 3000 buah.

Michelin Guide - Panduan Yang Berguna

michelin guide pertama

Sumber Foto: moderngentlemanmagazine.com

Bagi meningkatkan permintaan ramai terhadap kereta (dan seterusnya tayar), Andre dan Edouard menghasilkan sebuah buku panduan iaitu Michelin Guide.

Buku panduan ini mengandungi maklumat-maklumat penting berkenaan seperti peta ke kedai mekanik, hotel dan stesen minyak di seluruh Perancis, serta cara-cara menukar alat gantian kereta.

Mereka menghasilkan lebih daripada 35,000 salinan dan diedar secara percuma. Strategi mereka ini berhasil, buku panduan mereka mendapat maklum balas yang baik daripada rakyat Perancis kerana manfaat yang mereka dapat.

Pada tahun 1904, mereka menghasilkan buku panduan yang sama bagi Belgium. Sehingga tahun 1911, Michelin Guide turut dihasilkan untuk lain-lain daerah di negara seperti Algeria, Tunisia, Italy, Switzerland, Jerman, Belanda, Sepanyol dan Portugal.

michelin guide di eropah

Sumber Foto: guide.michelin.co.kr

Tahun yang sama, mereka turut mengeluarkan sebuah buku panduan yang diberi nama The Countries of the Sun, versi sama Michelin Guide namun bagi bandar-bandar di utara Afrika, Selatan Itali dan Corsica.

Selepas Perang Dunia Pertama, edisi baharu telah dikeluarkan dan terus diedar secara percuma. Tren ini bertahan sehingga tahun 1920, apabila Andre ternampak ada buku panduan yang diletakkan secara bertindih untuk dijadikan kerusi ketika melawat sebuah kedai tayar.

Ketika itu, beliau sedar orang ramai lebih menghargai barang berbayar berbanding yang diberi secara percuma. Akhirnya, mereka mengenakan caj untuk buku panduan tersebut, dengan harga sebanyak 750 francs bagi sebuah buku, bersamaan lebih kurang RM9.00 dengan duit sekarang.

Kerana maklumat yang bermanfaat, ramai sanggup membayar bagi mendapatkan buku panduan mereka. Kini, Michelin mendapat aliran tunai tambahan daripada penjualan Michelin Guide.

Sebelumnya, mereka menjana pendapatan dengan iklan-iklan di dalam buku panduan. Kini dengan aliran tunai sendiri, mereka membuat keputusan untuk 'mencuci' buku panduan mereka dengan membuang semua iklan yang ada.

Bemulanya Penggunaan Bintang Michelin

bintang michelin

Dalam masa yang sama, mereka menambah baik buku panduan dengan maklumat yang lebih berkualiti dan tepat. Antaranya dengan membuat senarai restoran dalam kategori yang lebih spesifik.

Strategi penyenaraian restoran mengikut kategori mendapat sambutan yang baik dan menjadi semakin popular.

Kualiti seksyen restoran di dalam buku panduan ini terus ditambah baik dengan penubuhan sebuah kumpulan 'penyiasat' bagi mendapatkan maklum balas dan komen makanan dan servis yang diterima di restoran.

Selalunya kumpulan ini akan mengunjungi restoran sebagai tetamu tanpa mengenalkan diri mereka bagi mendapatkan maklum balas yang jujur dan tepat.

Sejak 1926, Michelin mula menggunakan bintang bersama maklum balas yang diberikan di dalam buku panduan mereka. Pada mulanya, sistem 1 bintang telah digunakan.Selepas 3 tahun, sistem 3 bintang Michelin telah dilahirkan, dan digunakan sehingga kini.

antara makanan yang dihasilkan di restoran bintang michelin

Sumber Foto: pinterest.co.uk

Pada tahun 2005, Michelin menghasilkan buku panduan versi Amerika yang pertama, fokus yang lebih kepada bandar New York. Sebanyak lebih kurang 500 restoran yang tersenarai, kebanyakannya terletak di kawasan tumpuan bandar.

Selain restoran, 50 hotel turut tersenarai dalam versi negara tersebut. Pada tahun 2007, Tokyo Michelin Guide telah turut dilancarkan.

Dalam 5 tahun kebelakangan ini, Michelin Guide menjadi tajuk utama akhbar yang banyak mempersoalkan kredibilitinya. Antara persoalan yang timbul termasuklah 'Adakah Michelin Guide telah hilang rentaknya?' dan 'Adakah bintang Michelin hanyalah overrated?'.

Di manakan restoran dan hotel yang mendapat pengiktirafan bintang Michelin di Malaysia yang anda tahu?

Rujukan:

  1. businessinsider.com
  2. thevintagenews.com
  3. andyhayler.com

tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)